Antara Hikmah Cinta Anda Tidak Terbalas.

Cinta tidak berbalas, cinta bertepuk sebelah tangan, ‘unrequited love’ dan pelbagai istilah anda boleh memberi nama. Istilah rejection atau penolakan ini terjadi apabila si dia tidak merasakan hal atau perasaan yang sama seperti apa yang anda rasa.

Jom ketahui antara hikmah yang anda akan dapat…



1. Mengajar anda untuk menjadi lebih kuat.

Cinta tidak berbalas bukan bermaksud untuk menjadikan anda seorang yang lemah. Setiap yang terjadi pasti untuk membuatkan anda menjadi lebih kuat daripada masa silam. Ia adalah pengajaran pada diri anda untuk mengenal siapa diri anda yang sebenar.

Bukan hanya setakat kuat untuk menghadapi alam percintaan, malah dalam apa jua situasi sekalipun.

2. Memaksa anda untuk memperbaiki diri sendiri.

Selama anda cuba mencintai si dia anda pasti akan cuba atau memaksa mengubah diri anda untuk menjadi yang terbaik pada pandangan mereka. Itu lah hikmah yang telah berlaku pada diri anda yang selama ini, anda tidak pernah sedar akan perubahan ini.



Padahal selama ni, susah payah ibu bapa memaksa anda untuk berubah menjadi lebih baik, tetapi anda sendiri telah mengubahnya hanya kerana cinta tidak terbalas.

3. Anda sedar perkara yang menggembirakan anda.

Setelah beberapa lama anda mencintai si dia dan akhirnya tidak terbalas, pasti anda akan lakukan sesuatu yang menggembirakan anda sendiri diluar jangkaan. Ramai yang tidak sedar, apabila anda mula suka pada seseorang dan jatuh cinta pada dirinya, anda pasti melakukan sesuatu hobi yang baru.

Mungkin anda tiba-tiba lebih suka aktiviti outdoor yang hanya kerana ketika itu mahu memikat si dia bukan? Jadi, buatlah aktiviti tersebut tetapi di tempat yang berlainan.



4. Anda lebih berjaga-jaga.

Antara hikmah lain yang anda akan dapat adalah, anda akan mula berhati-hati untuk berkenalan dengan orang baru. Anda tidak lagi mengulangi kesilapan yang lepas dan mencuba kaedah lain malah mempelajari ilmu baru untuk memulakan hubungan yang seterusnya.

5. Memperbaiki tahap keyakinan diri dan harga diri.

Dan hikmah yang terakhir anda akan dapat adalah anda dapat memperbaiki keyakinan diri. Anda mula menghargai diri sendiri setelah rasa hati dan perasaan dipermainkan. Ketika ini lah anda belajar untuk menjadi lebih yakin dan cantik apabila bertemu orang ramai.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen