Jangan Muat Naik 4 Perkara Berkaitan Dengan Hubungan Anda Di Media Sosial.

Oleh: Zuzu Yasmine

Terdapat kajian menunjukkan bahawa kekerapan berkongsi maklumat di media sosial hanya akan memberi kesan negatif terhadap hubungan tersebut. Ia juga boleh membawa pergaduhan dan iri hati orang sekeliling. Bukan hanya itu sahaja, ia juga mampu menjejaskan hubungan bersama pasangan anda serta hubungan dengan orang disekeliling anda. Mengapa anda dilarang memuat naik empat perkara ini? Jom ketahui.



1. Jangan memuat naik tentang pasangan anda sedang berusaha halalkan anda.

Tidak semua orang bernasib baik seperti anda. Apabila anda memuat naik hal seperti ini, ia hanya mengudang rasa iri hati rakan media sosial anda. Bukan itu sahaja, mereka juga akan memberi pendapat peribadi mereka yang membuat hubungan anda goyang secara tiba-tiba.

2. Berhenti komen mengenai bekas kekasih anda.

Sesiapa pun bekas kekasih anda, sama ada dia baik atau buruk, jangan pernah memberi komen mengenainya. Biarkan ia tidak berbalas. Sekiranya anda lakukan, anda hanya melukakan hati pasangan anda.

3. Mengadu mengenai pasangan anda di media sosial.

Anda berkelakuan seperti budak-budak. Anda seharusnya berfikiran matang. Langkah yang bijak adalah cuba untuk berbincang bersama pasangan anda. Bukannya menyebarkan masalah anda di media sosial.


4. Jangan membuat lawak mengenai pasangan anda bersama rakan anda.

Bagi anda ia adalah hal biasanya sekiranya bergurau bersama teman anda mengenai pasangan anda. Tetapi tanpa sedar ia memalukan pasangan anda. Jadi adalah lebih elok sekiranya anda menjaga air muka dan maruah pasangan anda.

Anda perlu tahu perkongsian hubungan melalui media sosial ini hanya mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia juga hanya mampu memburukkan hubungan anda. Maka jangan terlalu kerap berkongsi mengenai pasangan anda di media sosial anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen