Mengapa Lelaki Sukar Melangkah Ke Hubungan Yang Serius?

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak lelaki yang sukar memberi komitment dalam hubungan. Maka dengan itu, mereka lebih suka untuk menamatkan hubungan tersebut sebelum ke langkah yang lebih serius. Walaupun umurnya telah berusia, mereka tetap memilih untuk menamatkan hubungan tersebut. Tetapi mengapa? Berikut adalah alasan mengapa lelaki itu sukar untuk jalinkan hubungan yang serius.



1. Masih lagi nak main-main.

Apabila sudah ke hubungan yang serius, sudah pasti dia sukar untuk berfoya-foya bersama wanita lain. Padahal, dirinya lebih merasa selesa apabila dikeliling oleh ramai wanita.

2. Ada tanggungjawab yang lebih utama.

Boleh jadi mereka ini mempunyai tanggungjawab yang lebih berat. Sebagai contoh tanggungjawab kepada keluarganya, atau kerjayanya. Tapi tak mustahil sekiranya dia telah menyimpan seorang wanita yang betul-betul dicintainya.

3. Anda terlalu memaksa.

Boleh jadi anda membuat dirinya berasa rimas, dan memaksa. Maka dirinya tidak begitu selesa dengan hubungan yang sebegitu. Jalan terbaik bagi dirinya adalah perpisahan.


4. Hubungan yang membosankan.

Bagi dirinya ketika bercinta ini anda sudah menunjukkan bahawa anda sangat membosankan, bagaimana pula selepas berkahwin nanti. Pasti hidupnya akan menjadi sedikit hambar. Adalah lebih baik dirinya mencari pasangan yang mampu membuat dirinya gembira.

Jangan hanya salahkan orang lelaki sahaja apabila mereka ini tidak mahu menjalinkan satu hubungan yang serius. Tetapi berbalik semula kepada diri kita, adakah layanan yang diberikan kepadanya itu memandai buat dirinya?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen