5 Teknik Berkesan Untuk Keluar Dari Friendzone. Amalkan 5 Cara ini Jika Anda Sedang Jatuh Cinta Pada Kawan Baik Anda.

Oleh: Rafi

Adakah anda pernah dilabelkan sebagai ‘kawan sahaja’ oleh seseorang tetapi di dalam hati sebenarnya anda diam-diam menyukainya? Anda mungkin merasakan mustahil untuk membuat perkataan ‘friendzone’ itu di dalam perhubungan anda berdua tetapi anda silap. Ikut tip kami di bawah ini untuk menjadikan hatinya milik anda!



1. Lakukan siasatan.

Siasat ciri-ciri pasangan yang disukainya. Sekiranya dia sukakan seseorang yang gemar bersukan, mungkin anda boleh mula bersukan untuk menarik perhatiannya. Mungkin anda boleh mengajaknya ke gelanggang futsal untuk menyaksikan anda bersukan. Sekiranya anda berdua mempunyai minat yang sama dan ada sedikit ciri-ciri yang disukainya, anda tidak mustahil boleh menjadi pasangannya.



2. Mulakan dengan kasual.

Sekiranya sebelum ini anda sering keluar bersama rakan-rakan yang lain, cuba ajak si dia keluar berdua. Tetapi jangan terus merancang candlelit dinner, terkejut dia nanti! Mungkin anda keluar makan dan berbual secara kasual yang tidak menampakkannya seperti temu janji. Lama kelamaan, sekiranya si dia sudah menjadi selesa dan banyak berkongsi rahsia dengan anda, tidak mustahil perkataan ‘friendzone’ itu terlucut secara automatik.

3. Aktiviti kawan-kawan.

Sekiranya sebelum ini anda sering berdua sering ke Rasta untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama, mungkin anda boleh hentikan aktiviti ini buat sementara waktu. Buang perkataan kawan dengan melakukan aktiviti yang boleh memberi memori manis ‘status’ baru di dalam perhubungan anda berdua dan tinggalkan segala aktiviti yang mengingatkan anda tentang persahabatan anda berdua.



4. Ambil berat

Setelah anda berdua semakin rapat, beranikan diri anda untuk menyuntik sedikit elemen sayang di dalam perhubungan anda berdua. Littlest thing always meant the world! Ucapan selamat malam, selamat pagi, take care atau mungkin anda boleh menghantarkan ikon ciuman kepadanya di dalam pesanan ringkas anda. Anda boleh mula mengambil berat akan kesihatannya atau waktu makannya. Sekiranya sebelum ini anda berjumpa terus di sesuatu tempat untuk keluar bersama, kini anda boleh mula menjemputnya di rumah. Semua ini boleh membantu anda mendapatkannya.

5. Beri layanan berbeza.

Sekiranya sebelum ini percakapan anda berdua agak kasar, cuba mula berlembut dengan si dia. Jika anda dan rakan-rakan sering keluar makan bersama, mungkin anda boleh masak sendiri dan pergi berkelah berdua. Atau jika sebelum ini anda sering mengutuk sesuatu tentang dirinya, mungkin anda boleh mula memujinya. Layan si dia berbeza dengan cara anda melayan rakan-rakan anda yang lain dan akhirnya si dia akan dapat tahu yang dia jauh lebih istimewa di hati anda daripada mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen