8 Perkara Anda Perlu Pelajari Sebelum Ingin Bercinta Dan Bertemu Jodoh.

Secara teori, bercinta juga anda perlu pelajari sesuatu perkara supaya tidak tersalah langkah apatah lagi tersalah memilih pasangan hidup.

Memang benar jodoh itu datangnya dari Allah SWT dan takdir, tetapi Allah juga mahu kita berusaha kerana kita mempunyai daya akal fikiran yang boleh memilih malah menilai baik dan buruk sesuatu perkara tersebut.



1. Mencintai diri sendiri.

“Cara terbaik untuk anda dicintai dan disenangi orang lain adalah dengan belajar bagaimana anda mampu mencintai diri sendiri.” –Oscar Wilde-

2. Melepaskan keraguan.

Perasaan cinta tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana itu ia memerlukan kepercayaan. Jadi tidak perlu ragu-ragu atau serik untuk bercinta, letakkan kepercayaan supaya ia menjadi ilham dan pengajaran.



3. Persiapkan diri.

Jika anda mahukan bakal pasangan yang pandai menjadi diri dan sejuk mata anda memandang dari segi peribadi dan fizikal, maka anda juga persiapkan diri sebagaimana anda mahukan pada pasangan.

4. Bersiap untuk kehidupan.

Setelah persiapkan diri secara peribadi dan fizikal, jadi persiapkan diri untuk belajar mengenai kehidupan pula. Anda harus bersikap adil tidak kira untuk diri sendiri mahupun orang lain, kerana ia adalah refleksi untuk masa hadapan anda.

5. Sistem sokongan.

Anda perlu tahu tiada pasangan itu sempurna secara total kerana yang sempurna adalah hanya Allah SWT sahaja, maka jadikan segala kekurangan sebagai saluran untuk melengkapkan cinta serta kehidupan.

6. Pelayaran emosi.

Apabila bercinta anda perlu tahu hormon di dalam badan anda akan berubah setiap masa, terutamanya pada wanita. Lelaki juga akan menjadi lebih emosi ketika bercinta kerana mahukan perhatian daripada pasangan, jadi lelaki dan wanita harus bijak mengawal emosi.



7. Penghargaan.

Dengan menyayangi diri sendiri, adalah dengan menghargai dan bersyukur dengan setiap yang anda miliki. Jika anda mampu terapkan perasaan positif ini, aura ini akan membangkitkan serta merta pada perasaan pasangan anda juga.

8. Romantisme.

Apabila ingin menghargai seseorang terutama dalam hubungan cinta, perlu terapkan sikap romantik dalam diri. Tidak salah jika anda bukan lah seorang yang romantik seperti memberi bunga, memberi hadiah atau candle light dinner, tetapi belajar lah untuk memahami hati dan perasaan pasangan.

Jika pasangan merajuk, cukuplah anda menjadi pendengar setia dan pandai memujuk. Jika si dia mahukan pertolongan, tolong lah sedaya yang mampu. Jika pasangan lapar, masakkan untuk mereka juga dianggap romantik.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen