Anda Masih Mengharapkan Bekas Kekasih Anda? Jom Ketahui.

Oleh: Zuzu Yasmine

Melupakan seseorang yang kita sayang itu sememangnya sukar. Mereka yang masih mengharapkan bekas kekasih mereka ini selalunya mereka yang terlalu setia dengan hubungan mereka. Bukan hanya setia malah, ia juga percaya dengan sepenuh hati terhadap pasangan mereka ini menyebabkan akhirnya mereka yang terlalu terluka. Mari ketahui, bagaimana tanda seseorang itu masih mengharapkan bekas kekasih mereka.




1. Anda rasa gembira apabila melihat dirinya.

Apabila anda tidak pasti dengan perasaan anda. Cuba untuk berhadapan dengan dirinya. Sekiranya anda merasa teruja dan tersenyum lebar itu menandakan anda masih lagi sayang akan dirinya. Anda juga akan berdebar-debar apabila melihatnya walaupun dari jarak yang jauh.

2. Anda hidup dalam kenangan bersamanya.

Sukar bukan melupakan kenangan. Maka dengan itu anda lebih rela untuk terus hidup bersama kenangan anda bersamanya. Anda sering kali mengimbau kembali kenangan lalu itu. Apabila anda terasa sakit hati, anda akan cuba melupakan kenangan buruk itu dengan kenangan yang baik.

3. Anda ingin dirinya melihat anda.

Apabila anda menghadiri sesuatu majlis yang turut melibatkan dirinya, anda berharap akan menemui dirinya. Walaupun anda mempunyai seorang lelaki lain dengan anda untuk menjadikan dia cemburu, anda akan menjadi orang yang sedih pada akhirnya apabila anda melihatnya bahagia.



4. Anda melihat media sosialnya.

Perkara yang paling kelihatan ialah apabila anda cuba melihat media sosial dia walaupun anda telah block dirinya. Anda akan melihat kehidupan sosialnya serta komennya dan ia akan membuat anda sedih. Semua yang anda lihat akan membuat anda sedih dan anda menjadikannya kebiasaan untuk melihatnya setiap hari.

Jangan pernah berharap pada dirinya apabila dia sudah bergelar bekas kekasih. Cuba untuk melihat ke hadapan dan membina hubungan yang baru. Lupakan dirinya dengan berasa bahagia bersama pasangan baru.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen