Cara Untuk Mengenali Lelaki Itu Playboy.

Banyak sahaja gelaran yang diberi kepada lelaki yang playboy ini seperti buaya darat dan lelaki gatal. Ada sahaja lelaki yang bersifat sebegini hanya kerana untuk keseronokan mereka sahaja. Jika anda terjerat dengan lelaki gatal, maka cepat-cepat melarikan diri daripada mereka kerana khuatir anda akan diperlakukan seperti yang tidak dijangkakan.

Jom ketahui dan kenali lelaki seperti ini…



1. Kacak dan bergaya.

Kebanyakan daripada mereka sentiasa berpakaian kemas dan pandai menjada penampilan diri sendiri daripada muka hingga ke kaki. Ini kerana hanya dengan taktik begini mereka mahu memikat wanita dan tahu wanita akan terpikat hanya dengan penampilan sebegitu.

2. Ramai teman wanita.

Anda lihat si dia pasti ramai rakan perempuannya di mana sahaja, dan anda tidak pasti hanya berkawan biasa atau lebih daripada itu. Tetapi kelihatan semua layanan yang diberi lebih daripada seorang kawan, jadi?



3. Sukar dihubungi.

Lelaki jenis ini sukar untuk dihubungi, malah telefon bimbitnya seperti dimatikan. Jika berdering mungkin dalam keadaan silent mode. Ini terjadi agar ia tidak menganggu ketika keluar bersama teman wanitanya.

4. Perahsia.

Mereka adalah seorang perahsia dan bagi mereka kaedah ini bukan untuk menipu. Ini kerana jika mereka bercerita tentang hal peribadi ia akan menjadi serius dan bukan untuk keseronokan.



5. Berani.

Di awal perkenalan sahaja si dia sudah berani bersentuhan dengan anda seperti memegang tangan, bertepuk tampar dengan manja. Hati-hati ya!

6. Gemar perbualan kotor.

Pastikan anda perhati dan dengar segala perbualan si dia dengan anda sendiri mahupun dengan rakan-rakannya. Jika semua perbualan hanya berbaur lucah dan tidak senonoh, sila lari daripada lelaki ini.



7. Minta perkara yang tidak munasabah.

Lelaki gatal ini kebiasaannya suka membawa teman wanita pergi ke tempat yang jauh daripada orang ramai seperti tempat gelap dan rumahnya sendiri. Malah asyik memuji kecantikan diri anda dan susuk tubuh yang menawan. Seorang lelaki yang baik akan malu untuk memuji anda terutamanya susuk tubuh badan wanita. Itu lah perbezaannya.

Jadi, hati-hati dengan lelaki begini walaupun tidak semua lelaki dengan ciri-ciri diatas adalah lelaki buaya darat. Cuma anda perlu mengenali si dia dengan lebih terperinci dan bijak menilai mana yang baik dan buruk.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen