Jangan Terlalu Control Pasangan, Salah Satu Kesannya Adalah Berlaku Curang.

Semua pasangan pasti ada sahaja yang tidak suka akan dengan kelakuan kekasih mereka. Tetapi disebabkan toleransi dan bersikap matang, pasti ia tidak akan menjadi masalah jika pasangan tersebut bijak mengawal emosi.

Pasti ada sahaja yang anda tidak suka apabila melihat kekasih keluar bersama rakan-rakan kerana berjauhan, khuatir si dia akan berlaku curang dibelakang anda. Tetapi jika anda percaya pada pasangan, malah si dia juga percaya pada anda dan berlaku jujur, tidak menjadi masalah sekiranya anda berdua tahu peranan masing-masing.



Mengongkong perlu lah kena pada situasi dan tempat. Jika hanya mengongkong pasangan seperti tidak mengizinkan si dia kerja jauh daripada anda, berjumpa dengan rakan-rakan atau bercuti bersama sahabat, pasti perkara ini akan memudaratkan hubungan kalian berdua.

Jadi, apakah kesan yang akan terjadi sekiranya anda terlalu mengongkong pasangan..

1. Si dia akan mula tidak jujur.

Oleh kerana si dia merasakan anda ini terlalu mengongkong dan control hidupnya, pasti si dia akan rasa bosan setelah lama hubungan yang terjalin. Buat ini salah, buat itu tidak boleh, maka si dia akan mula merasakan menipu adalah jalan yang terbaik supaya anda benarkan dia melakukan apa sahaja.



Baginya apabila menipu, selagi tiada siapa yang memberitahu aktiviti yang sebenar pada anda, pasti anda tidak akan tahu, dan si dia bebas melakukan apa sahaja. Perkara sebegini memudaratkan bagi anda malah pada si dia juga.

2. Si dia mula mencari teman lain.

Apabila si dia merasakan anda ini terlalu control hidupnya, pasti si dia akan merasa bosan dan mencari teman lain yang tidak mempunyai sikap seperti anda. Dalam diam si dia mempunyai skandal atau bermain kayu tiga, padahal dalam masa yang sama si dia masih memiliki anda untuk tidak menyakitkan hati anda.

Jika si dia sudah mempunyai ramai kekasih gelap, perkara ini sudah tentu tidak manis dipandang orang.



3. Hubungan jadi dingin.

Pasti hubungan menjadi dingin seperti ada yang tidak kena kerana si dia terlalu ramai kekasih untuk dilayan. Si dia akan menjadi tertekan, dan sudah tentu hubungan kalian bakal berantakan. Solusi untuk perkara ini adalah untuk menjadi matang menyelesaikan segala masalah. Tidak matang untuk mengongkong pasangan, malah tidak matang juga untuk mencari yang lain jika pasangan bermasalah.

Sama-sama perbaiki diri dalam apa jua keadaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen