Kebaikan Dan Keburukan Apabila Teman Lelaki Lebih Muda.

Trend kini, bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda tidak lagi menjengkelkan. Malah ia seperti menjadi ikutan ramai, padahal ia adalah jodoh dan rezeki masing-masing. Pasangan selebriti yang mempunyai suami yang lebih muda sudah tentu seperti Rozita Che Wan & Zain Saidin, Fattah & Fazura.



Sudah tentu umur bukan lah sesuatu perkara yang menghalang seseorang itu untuk jatuh cinta dan ia sudah menjadi kebiasaan untuk masyarakat melayu, padahal ia sudah lama dipraktikkan sejak zaman nabi seperti Siti Khadijah RA.

Jadi apakah kebaikan dan keburukan memiliki teman lelaki yang lebih muda ini?

KEBAIKAN

1. Awet Muda.

Apabila memiliki pasangan yang lebih muda dan menjadi serasi, anda akan mencuri sedikit awet muda daripada pasangan. Dan juga cara anda berdua bercinta berkemungkinan berbeza dengan rakan-rakan yang bercinta dengan rakan sebaya atau lebih tua. Teman lelaki yang lebih muda, lebih ceria dan positif, kerana itu teman wanita nya juga kelihatan ceria dan berseri.



2. Lebih bertenaga.

Lelaki muda ini lebih aktif dan bertenaga, berbeza dengan lelaki yang telah berusia. Lelaki yang aktif akan sentiasa mengajak kekasihnya melakukan aktiviti outdoor dan pasti tidak membosankan kerana ada sahaja idea barunya untuk meluangkan masa bersama.

Jika tidak, hanya makan malam, makan tengah hari, tengok wayang, pasti bosan bukan?



3. Manja.

Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu!

KEBURUKAN

1. Kurang Matang.

Ini lah risiko utama apabila bercinta dengan teman lelaki yang lebih muda, mereka kurang matang sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila terlalu jauh muda jaraknya. Ia pasti akan mencabar kewibawaan seorang wanita untuk berbincang perkara yang serius kerana lelaki muda sentiasa main-main ketika berbincang perkara yang serius dan sering membuat jenaka.



2. Kewangan.

Jangan menjangkakan teman lelaki muda anda mempunyai kewangan yang kukuh, silap haribulan anda pula yang akan menyara hidup mereka. Jika anda mahukan teman lelaki muda dan mempunyai kewangan yang kukuh pastikan si dia telah habis belajar dan mempunyai pekerjaan tetap dan meyakinkan.

3. Komitmen.

Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tetapi bukan untuk si dia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen