3 Perkara Utama Yang Membuatkan Mimpi Ngeri Pada Lelaki Untuk Berkahwin.

Sebagai seorang lelaki, tidak kira muda atau pun telah mencapai umur yang matang untuk berkahwin, pasti terdapat sekelumit perasaan takut untuk berkahwin. Perkara ini sering terjadi apabila keadaan sekelilingnya yang mempengaruhi dirinya untuk takut berkahwin.

Seperti ahli keluarga yang terlalu ramai, dan berkemungkinan kakak atau abangnya bercerai kerana mempunyai hubungan yang teruk. Malah mungkin mempunyai sahabat sebaya yang tidak pernah berfikir tentang perkahwinan, kerana kebanyakan daripada mereka hanya mahukan keseronokan tanpa komitmen.



Sebahagian lelaki tidak mahu berkahwin dan ada juga lebih rela hidup membujang tanpa bercinta, ini kerana perkara yang paling menakutkan bagi mereka adalah…

1. Komitmen.

Bagi lelaki, melepaskan zaman bujang mereka adalah pengorbanan yang paling besar dalam hidupnya. Apabila untuk cuba memulakan langkah berkenalan dengan si gadis, mereka tidak memikirkan terus tentang hal perkahwinan dimana ia berlaku sebaliknya pada si gadis.



Para gadis apabila berkenalan dengan lelaki yang mereka suka, sudah pasti sudah mula mengidamkan perkahwinan yang bagaimana mereka mahu. Namun lelaki pula kebanyakan daripada mereka mahu mencuba berkawan dahulu, baru memikirkan komitmen dan perkahwinan.

Oleh kerana itu, kebanyakan gadis akan lihat mengapa sukar teman lelaki mereka untuk bicarakan hal perkahwinan. Ingat, lelaki hanya boleh fokus untuk memikirkan satu perkara penting dalam satu masa sahaja, bukan seperti wanita.

2. Melakukan kesalahan.

Lelaki adalah makhluk yang mempunyai ego yang tinggi berbanding dengan wanita. Oleh kerana itu, lelaki paling takut untuk gagal dan bagi mereka setiap perkara yang mereka usahakan harus BERJAYA. Jika mereka gagal hanya dengan kekurangan atau kelemahan yang mereka miliki, pasti membuatkan mereka kecewa.



Perkara ini amat menakutkan apabila teman lelaki anda melihat anda lebih berjaya daripadanya. Oleh sebab itu keluarnya kenyataan “Saya tak layak untuk awak, awak boleh dapat lelaki yang lagi baik dan berjaya daripada saya”

3. Wang.

Bagi sesetengah lelaki, kekuasaan adalah dengan wang.  Ariana Huffington menulis untuk Forbes.com  “Men love women, men love money but men don’t love women with money”. Jadi jauh di sudut hati mereka, lelaki harus ada tanggungjawab dalam mengetuai sesebuah hubungan.

Jika tiadanya pekerjaan malah pendapatan, sudah tentu mereka akan sentiasa berasa tertekan dan insecure pada dirinya sendiri. “Adakah ada wanita yang sanggup untuk berkahwin dengan dirinya? Dan sanggup hidup susah bersamanya?”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen