Benarkah Konsep Nikah Dahulu, Bercinta Kemudian Mampu Menjamin Kebahagiaan? Setujukah Anda?

Oleh: Rafi

KITA sering mendengar cakap-cakap ‘nikah dulu baru bercinta’ untuk menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya, namun tidak berakhir di jinjang pelamin. Memang benar, mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan. Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.



Budaya tersebut bukanlah asing lagi dalam masyarakat kita, malah jika dilihat, trend drama kini juga sering memaparkan situasi bahawa kahwin secara terpaksa atau mengikut pilihan ibu bapa itu pasti akan berakhir dengan happy ending biarpun pada mulanya penuh dengan perasaan tidak suka, benci mahupun marah. Kahwin secara terpaksa atau nikah dulu baru bercinta ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya termasuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa atau terdesak berkahwin dalam tempoh terdekat, namun tidak mempunyai pasangan. Namun, pada era kini, masih adakah hubungan yang dibina berlandaskan perasaan sebagai sahabat atau orang yang tidak pernah dikenali, lalu menjadi pasangan suami isteri? Adakah perkahwinan itu mendapat kebahagiaan seperti dalam drama atau sekadar hiburan semata-mata?



Tidak mahu buang masa.

PERNAH putus cinta suatu ketika dahulu menyebabkan perasaan ingin bercinta semakin kurang, sebaliknya mahu terus mempunyai komitmen iaitu mendirikan rumah tangga. Bukan menolak hubungan percintaan, namun difikirkan adalah lebih baik bernikah untuk hubungan lebih serius.

“Berdasarkan pengalaman saya, bercinta itu merugikan, lebih-lebih lagi apabila bercinta dalam tempoh lama, namun akhirnya tidak membuahkan apa-apa hasil iaitu mendirikan rumah tangga. Tidak salah jika ingin bercinta, namun pada saya, adalah lebih baik jika bernikah terus.

“Ketika saya berkenalan dengan suami pada 2012, saya memberitahunya bahawa saya tidak berminat untuk bercinta, tapi jika ingin menikah, saya akan menerima dengan hati terbuka.

Tiada perasaan sayang atau cinta ketika mula berkenalan, sebaliknya hanya merasakan wujud chemistry dengan suami apabila mempunyai hobi yang sama.

“Apabila suami melamar ketika itu, saya tidak fikir panjang dan terus menerima kerana sebelum itu, sudah berniat nak nikah untuk kumpul pahala dan nikmat yang Allah SWT janjikan apabila kita bernikah.

“Saya tidak rasa terburu-buru dengan keputusan dibuat walaupun kami kenal dalam tempoh singkat. Pada saya, nikah dulu baru bercinta ini sama sahaja dengan bercinta dulu baru nikah dan alhamdulillah, kami bahagia sehingga kini. Nikah dulu baru bercinta sebenarnya memberikan peluang kepada setiap pasangan untuk terus mengenali diri masing-masing, sesuai dengan sifat dan sikap manusia yang sering berubah.



Nikah dulu baharu bercinta lebih ikhlas.

Nikah dulu baru bercinta menanam sikap lebih ikhlas antara pasangan untuk mengenali hati budi masing-masing bagi melayari bahtera rumah tangga. Konsep itu juga menunjukkan golongan muda mula tidak percaya atau enggan berada dalam hubungan cinta yang terlalu lama. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Noor Aziah Mohd. Awal yang juga pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak berkata, menjalin hubungan cinta dalam tempoh lama namun tidak berkahwin memberi satu perasaan serta situasi tertekan kepada pasangan.

“Tidak ada guna jika bercinta lama-lama tetapi berkahwin dengan orang lain atau lebih buruk, tidak berkahwin langsung. Konsep nikah dulu baru bercinta bukan hanya untuk golongan pada masa dahulu sahaja, konsep itu juga boleh diguna pakai hari ini.

“Saya amat bersetuju kerana daripada situ, mereka berpeluang mengenali pasangan dengan lebih jelas dan nyata, selain ikhlas menerima pasangan dengan hati dan minda terbuka.

Bercinta sebelum kahwin dalam tempoh lama akan memberi satu harapan kepada setiap pasangan dan jika berakhir di tengah jalan, sama ada pasangan itu boleh menghadapinya atau keadaan menjadi buruk.

“Nikah dulu baru bercinta tidak boleh dilihat sebagai satu trend, sebaliknya kesan terhadap institusi perkahwinan hari ini. Lebih ramai mula menyedari hubungan selepas kahwin adalah lebih penting berbanding waktu bercinta.

“Jika di negara Barat, pasangan kekasih tiada batasan, namun di Malaysia yang majoritinya adalah umat Islam, hubungan perlu ada batasan dan mengikut hukum agama supaya tidak terpesong dan terlanjur. Sehubungan itu, konsep nikah dulu baru bercinta amat bagus. Apabila hubungan sudah dihalalkan, maka pasangan boleh mengenali dan menikmati kemanisan rumah tangga.



Noor Aziah menjelaskan, perkahwinan dalam agama Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik mungkin, tidak kira bercinta dulu sebelum nikah atau sebaliknya. Hanya kenal selama tiga minggu HANYA berkenalan selama tiga minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suami yang ketika itu merupakan rakan sepejabat.

“Secara jujurnya, saya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap suami ketika mula-mula kenal kerana pada waktu itu, saya baru putus cinta.

“Dalam tempoh tiga minggu perkenalan itu, suami tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan saya. Ketika itu, saya berasa suami sangat terburu-buru.

“Bagaimanapun, perasaan was-was mengenai lamaran itu hilang apabila saya dan suami membuat solat istikharah untuk memohon petunjuk dariNya,” katanya.

Konsep nikah dulu baru bercinta ini perlu dilihat daripada sudut positif dan bukannya menerusi gambaran nikah paksa.

“Tak salah jika nak bercinta dulu baru nikah, asalkan titik tolak hanya kerana agama. Semua perilaku mesti berlandaskan agama.

“Tak bermakna bercinta lama akan bahagia selamanya, tapi ada juga yang bercinta lama dan bahagia hingga sekarang. Semuanya berbalik kepada teras sesebuah perhubungan.

Jangan takut dengan komitmen.

APABILA bercakap soal nikah, pasti timbul isu komitmen. Alam rumah tangga memerlukan komitmen tinggi kerana cara hidup mula berubah dan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran serta dugaan. Bagaimanapun, perasaan was-was itu hanya akan melemahkan diri, sebaliknya perlu berpegang kuat pada niat yang diingini.

“Saya percaya kepada perancangan Allah SWT. Perkahwinan saya dan isteri adalah ketentuan tuhan biarpun kami hanya berkenalan selama tiga minggu dan tidak sempat bercinta seperti pasangan lain.

“Tidak perlu bimbang mengenai komitmen apabila sudah berkahwin kerana rasa tanggungjawab itu secara automatik akan ada dalam diri kerana inginkan rumah tangga yang bahagia dan di jalan yang benar.

“Pada saya, bercinta dulu baru nikah atau nikah dulu baru bercinta adalah perkara sama, cuma situasi berbeza. Apa yang paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan drama-drama yang memaparkan jalan cerita fairy tale.

Setiap perkahwinan mempunyai jalan cerita tersendiri dan apa yang pasti, setiap pasangan suami isteri menginginkan rumah tangga bahagia dan harmoni.

“Perasaan sayang dan cinta boleh dipupuk, namun harus ingat juga pada niat yang kita impikan apabila bernikah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen