Cara Mudah Melupakan Seseorang Yang Anda Cintai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila cuba melupakan seseorang itu memang agak sukar. Bercakap amat mudah namun untuk melaluinya itu pasti terasa sukar dan perit. Walau bagaimanapun anda harus laluinya juga demi masa depan anda. Tidak akan hanya kerana anda pernah kecewa menyebabkan anda memilih untuk membujang dan menanti dirinya kembali. Maka dengan itu lupakan sahaja dia yang tidak tahu menghargai anda, dan mulakan hidup yang baru. Berikut adalah beberapa cara melupakan seseorang yang anda cintai.



1. Memohon kekuatan daripada Allah.

Pada ketika ini hanya dirinya sahaja yang mampu membantu anda. Maka dengan itu pintalah kekuatan daripadanya. Mohonlah diberikan hikmah yang baik dari perpisahan yang berlaku itu. Jangan pernah sesekali menyalahkan takdir.

2. Perbanyakan solat sunat dan bacaan al-Quran.

"...hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Setiap hati yang terluka mahukan ubatnya. Maka dengan itu, al-Quran adalah penawar yang paling mujarab bagi sesiapa yang terluka.

3. Terima kenyataan.

Perkara yang paling penting adalah anda menerima kenyataan bahawa dirinya bukan untuk anda. Cuba untuk berlapang dada dan menerima segala kenyataan yang melukakan itu. Semakin berani anda berhadapan dengan kelukaan itu, semakin ia menjauh.


4. Sibukkan diri.

Cuba untuk sibukkan diri anda dengan perkara-perkara yang positif dalam diri anda. Jangan pernah cuba untuk menyibukkan diri dengan perkara yang negatif pada ketika ini. Hal ini kerana, anda tidak terlalu kuat untuk mengalang pengaruh negatif itu terus mendekati anda.

5. Ceritakan masalah kepada orang yang boleh dipercayai.

Rasa sakit tidak akan hilang melainkan anda berkongsi kesakitan itu. Maka dengan itu, cuba lah mencari seseorang yang akan membantu anda melegakan segala kesakitan yang anda rasai. Cerita sahaja pada ibu anda, mahupun adik-beradik anda. Pasti mereka akan memberi anda kekuatan.

Jangan pernah menyerah untuk melupakan seseorang. Anda harus kuat untuk lakukan itu kerana, ia akan menentukan pasangan yang lagi baik untuk diri anda. Sekiranya anda masih lagi menyimpan segala kenangan dalam diri anda, ia akan membuat anda sukar untuk berjumpa dengan pasangan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen