Rahsiakan 5 Perkara Ini Daripada Teman Lelaki Anda Jika Tidak Mahu Jatuhkan Maruah Sendiri.

Apabila menjadi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, pasti wanita tidak mahu terlepas untuk berkongsi segala cerita tentang dirinya. Terlalu kepochi tentang segala hal khuatir akan membuka aib sendiri pula.



Jadi pastikan anda rahsiakan perkara ini supaya tidak menjatuhkan maruah anda sendiri…

1. Bekas kekasih.

Jangan terlalu banyak menceritakan hal bekas kekasih anda, dimana anda bertemu si dia? Segala kegemaran mereka atau bagaimana anda terluka setelah putus dengannya. Beritahu sahaja bahawa anda tidak serasi dengan mereka, tidak perlu terlalu terperinci.



2. Kekurangan diri.

Seperti lelaki, mereka jarang untuk menceritakan kelemahan, keburukan dan kekurangan mereka pada orang lain, kerana hal ini terlalu peribadi. Wanita adalah sebaliknya, segala kekurangannya pasti sahabat baik akan tahu selain daripada ahli keluarga.

Jika anda terlalu menceritakan atau mendedahkan kekurangan diri, khuatir teman lelaki hanya mencintai anda hanya kerana simpati bukan dengan cinta yang ikhlas.

3. Rahsia ahli keluarga.

Anda perlu melindungi ahli keluarga anda sendiri. Jika anda dan teman lelaki hanya berkenalan tidak lebih selama setahun, dan tiada lagi perancangan untuk bernikah, harus lah anda menyimpan rahsia keluarga dengan selamat.



Rahsia keluarga seperti yang terlalu peribadi sehingga mengaibkan maruah mereka. Pasti teman lelaki anda memikirkan perkara sebegitu tentang anda, dan tidak jadi untuk mengahwini anda kelak.

4. Rahsia sahabat baik.

Selain daripada rahsia ahli keluarga, rahsia sahabat baik anda juga tidak perlu dihebahkan. Ini boleh dikatakan bergossip atau mengumpat. Jadi, anda sendiri sudah tahu apa hukum mengumpat bukan? Tidak kisah jika ingin menceritakan tentang jika sahabat anda takut pada kucing, tetapi jangan pula cerita tentang aib mereka seperti bekas kekasih mereka.



5. Terlalu kagum dengan dirinya.

Anda seperti terlalu obsess dengan teman lelaki anda. Terlalu kagum dan terlalu teruja mungkin kerana si dia yang terlalu kacak, terlalu kaya atau terlalu romantik. Perkara sebegini pasti anda ingin kongsi dengan orang ramai, kerana anda terlalu beruntung mendapat teman lelaki yang sebegini.

Sebelum anda viral tentang teman lelaki anda yang kacak dan kaya itu di sosial media, anda perlu tahu, lelaki akan membuat andaian bahawa anda jatuh cinta hanya pada rupa parasnya atau harta sahaja. Jadi, berpada-pada untuk memuji teman lelaki anda.

Tidak perlu sehingga dibawa ke sosial media yang pasti akan jatuhkan maruah anda dikhalayak orang ramai juga.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen