Cara Atasi Konflik Gaji Isteri Lebih Besar Dari Suaminya, Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada masa ini, gaji wanita biasanya akan lebih besar berbanding gaji lelaki. Dan sebab bergaji besar ini juga menyebabkan wanita akan lambat untuk berkahwin. Tetapi, ada sahaja yang berkahwin, namun biasanya mereka ini akan mengalami konflik kewangan apabila isteri mereka mempunyai gaji lebih besar berbanding suami mereka. Jadi di sini terdapat cara penyelesaiannya. Caranya mudah sahaja, jom ketahuinya.



1. Jaga peranan masing-masing.

Jika anda tahu gaji anda bergaji kecil, jangan pernah membebankan mereka. Cuba berkongsi kewangan anda dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga anda. Jangan kedekut untuk berkongsi wang anda. Bukan itu sahaja, cuba untuk menghormati suami anda, jangan pernah menggunakan kuasa dan pangkat anda ketika di rumah.

2. Bincang untuk hal-hal yang kecil.

Apabila isteri mempunyai gaji yang lebih besar, mereka ini mungkin akan menyembunyikan beberapa perkara. Antaranya, jumlah perbelanjaan mereka ataupun bonus tahunan mereka. Jangan pernah cuba untuk menyembunyikan hal ini. Cuba untuk berkongsi apa sahaja dengan pasangan anda. Jangan membuat dirinya rasa terpinggir.


3. Jangan mengkritik pasangan.

Anda perlu menerima dirinya seadanya. Jangan pernah cuba merendahkan diri mereka. Ingat bahawa mereka ini suami anda, syurga anda ada padanya. Cuba menghormati kemampuan dan hasil usaha mereka.

Sebagai seorang isteri, jangan anda merasakan anda hebat kerana memiliki kewangan yang lebih lalu merendahkan suamimu. Ingatlah di dalam alam rumah tangga, suami adalah ketua maka ia akan tetap menjadi ketua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen