Elakkan Bercinta Dengan Lelaki Jenis Ini, Jika Anda Tidak Mahu Kecewa.

Di dalam dunia ini sudah tentu banyak karakter lelaki yang anda pasti sudah ketemu. Di tempat kerja, di kolej, di sekolah malah di shopping kompleks juga anda boleh perhatikan ramai sahaja lelaki yang mempunyai pelbagai karakter.



Tetapi apabila ingin menjalinkan hubungan yang serius seperti percintaan sudah pasti seorang wanita mahukan lelaki yang berpewatakan baik, kacak dan kemas pakaiannya dari luaran. Dalaman seseorang itu sudah tentu kita tidak dapat mengenal pasti kerana tidak mengenalnya dengan lebih terperinci.

Jadi, lelaki yang bagaimanakah wanita harus elakkan daripada bercinta dengan mereka jika tidak mahu kecewa di kemudian hari…

1. Anak Mak.

Apabila setiap kali mahu berjumpa dengan rakan pun si dia sering meminta izin dari ibunya terlebih dahulu, sudah semestinya ini menandakan yang dia sememangnya anak emak.



Menjaga dan menghormati ibunya itu tidak salah, tetapi jika sampai masa kalian ingin ganjakkan hubungan ke tahap lebih serius tetapi dirinya tidak dapat mengawal desakan dari ibu atau keluarganya, sudah pastinya ia bakal mengundang masalah di kemudian hari nanti.

2. Kaki minum.

Bila minuman yang beralkohol menjadi seakan minuman hariannya, sebaiknya elakkanlah dari semakin jatuh cinta pada si dia. Walaupun kacak mana sekali pun si dia, lebih baik angkat kaki sebelum hubungan kalian lebih serius.



3. Kuat mengongkong.

Tidak kisah lah dari cara anda berjalan, berpakaian, atau bergaul dengan rakan sepejabat sekali pun, pasti si dia sering memarahi anda. Lelaki sebegini jenis yang suka mendesak dan berkemungkinan adalah seorang panas baran. Bila si dia lakukan perkara tersebut tidak pula kita persoalkan, tetapi pabila sampai pada kita, marahnya tidak ingat dunia.

4. Mudah rebound.

Baru sahaja berputus dengan teman wanita lama, tetapi tidak sampai seminggu sudah ada teman wanita baru. Cuba bayangkan jika anda yang berada di situasi tersebut, pasti luluh hati apabila mengenangkannya. Lelaki ini pasti akan lakukan pada wanita lain dan berterusan dengan kelakuan sebegini jika si dia tidak matang.



5. Bad boy.

Ramai wanita lebih sukakan jenis lelaki yang berperwatakan bad boy kerana majoriti dari mereka punya rupa paras yang kacak dan menarik. Tetapi sebaiknya anda perlu berhati-hati kerana lelaki jenis ini biasanya charming pada awalnya, tetapi jarang ada yang mahukan satu perhubungan yang lebih serius selepas itu.

Mereka hanya mahu bermain cinta dan teman tapi mesra sahaja. Jangan terpedaya!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen