5 Sebab Mengapa Seorang Gadis Ingin Berkahwin Sebelum Umurnya Mencecah 25 Tahun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata anak gadis masa kini mengidamkan perkahwinan sebelum umur mereka melebihi umur 25 tahun. Mereka ini kadang kala didorong oleh pelbagai aspek. Antaranya, media sosial, ibu bapa, serta sekeliling mereka. Secara umumnya, seorang gadis telah bersedia untuk berkahwin seawal umur 18 tahun, namun jodoh juga yang menentukan pada umur berapa mereka akan berkahwin. Berikut adalah lima sebab mengapa mereka ingin berkahwin sebelum umur 25 tahun.



1. Usia 25 tahun masih muda.

Pada umur ini, ramai gadis yang telah menamatkan pelajaran, bukan itu sahaja mereka juga sudah memulakan kerjaya mereka. Mereka sudah merasakan pada waktu ini merupakan waktu yang sesuai untuk dirinya bergelar seorang isteri. Hal ini kerana, apa yang mereka mahu sudah berjaya dicapainya.

2. Merasakan menikah pada umur ini memudahkan.

Ramai yang beranggapan berkahwin pada usia ini amat memudahkan suami isteri tersebut. Mana tidaknya masa itu dua-dua masih sihat dan aktif, maka pelbagai perkara boleh dilakukan bersama-sama. Bukan itu sahaja, apabila memiliki anak juga usia mereka masih muda lagi.

3. Banyak masa untuk menabung.

Apabila berkahwin muda ini, mereka dapat merasakan mereka mempunyai masa yang panjang untuk menabung bersama pasangan mereka untuk hari tua kelak. Bukan itu sahaja, mereka merasakan kehidupan bersama pada hari tua mereka lebih panjang.


4. Mudah untuk merancang kehamilan.

Wanita akan menopause mungkin seawal 50an atau 40an. Maka dengan berkahwin awal ini mereka mampu merancang kehamilan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bercinta dengan cara yang halal dengan masa yang panjang tanpa anak di sisi.

5. Pandangan masyarakat.

Berkahwin awal juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja, berkahwin selepas usia ini juga akan menjadi buah mulut masyarakat. Dan anda yang akan menyindir sekiranya tidak berkahwin lagi. Maka ia adalah untuk mengelakkan menjadi buah mulut orang.

Lima sebab ini sentiasa menjadi punca utama seorang gadis itu ingin berkahwin pada usia 25 tahun. Tapi apa-apa pun, jodoh akan menentukan seseorang itu berkahwin pada umur berapa. Dan jodoh akan datang apabila seseorang itu sudah bersedia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen