5 Ciri Lelaki Yang Perempuan Benci. Wahai Lelaki, Serius Korang Kena Ambil Tahu!

Oleh: Rafi

Lelaki dan perempuan pastinya ada perkara yang masing-masing tidak suka jika pasangan melakukannya. Seperti lelaki, pastinya tidak suka melihat perempuan terlalu mengongkong setiap gerak gerinya. Sama juga seperti perempuan. Jadi kami kongsikan perkara yang wanita tidak suka lelaki lakukan.



1. Meninggikan suara.

Tahulah lelaki dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Suka 'cuci mata'.

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Kadang-kadang kekasih disebelah pun masih berani nak main mata dengan perempuan lain.



3. Ego.

Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Panas baran.

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima tapi, bagaimana kalau dah naik tangan?

5. Main kayu tiga.

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen