6 Cara Untuk Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk.

Siapa kata lelaki tiada emosi? Setiap manusia pasti ada emosi kerana mereka ada hati dan perasaan. Cuma lumrah lelaki ini, secara lahiriah pasti lah mereka tidak menunjukkan rajukan itu kerana mereka adalah LELAKI. Kebiasaannya lelaki yang beremosi apabila adanya cinta di dalam hati.



Lelaki apabila bercinta, mereka menjadi lebih beremosi, suka merajuk dan kadang-kala suka menunjuk perasaan terhadap kekasih hatinya kerana ingin dipujuk. Kerana mereka tahu, jika ada pasangan pasti mereka akan dipujuk.

Jadi wanita diluar sana, ini cara-cara untuk memujuk teman lelaki atau suami anda…

1. Beri masa sendirian.

Tipikal lelaki memang suka apabila diberi ruang dan masa untuk bersendirian. Terpulang kepada individu, ada sebahagian lelaki tidak lama pun merajuk, asalkan dipujuk mereka pasti akan menjadi lebih baik seperti sebelumnya.



Ruang yang diberikan sama ada untuk mereka menenangkan fikiran dan fokus pada perkara lain, atau hanya menunggu masa teman wanitanya memujuk mereka.

2. Sentiasa beri sokongan.

Apabila anda sedang memberi mereka ruang untuk bersendirian, bukan lah bermakna anda terus hilang dari pandangan mereka, dan shopping dari siang hingga ke malam. Menghiraukan mereka terus bukan lah cara yang terbaik, jika ketika itu kalian berdua bersama, teman sahaja mereka walaupun tanpa berkomunikasi.

Sekurang-kurangnya mereka tahu, anda akan sentiasa disisi mereka walau apa jua situasi sekalipun.



3. Jangan tanya perasaannya.

“Awak okay tak ni?”

Elakkan tanya soalan ini berulang kali seperti selang setiap seminit atau 5 minit jika anda sudah tahu bahawa si dia sedang merajuk. Soalan ini amat menjengkelkan sebenarnya pada si lelaki, untuk mengelakkan soalan ini, lebih baik anda berdiam diri dan fikir cara lain untuk memujuknya seperti memberi solusi.

4. Buang ego wanitamu.

Wanita juga mempunyai egonya tersendiri tetapi berbeza dengan ego lelaki, sekali sekala buang lah perasaan ego itu untuk memujuk teman lelaki atau suami anda. Tidak elok menanam ego yang tinggi pada orang yang anda cintai terutamanya suami yang anda mahu hidup semati dengannya. Dan ucapkan kata maaf dengan nada yang manja.



5. Buat kejutan sempurna.

Ada lelaki yang tidak suka pada kejutan, jadi kenalilah teman lelaki anda dengan betul. Jika mereka yang suka pada kejutan, masaklah makanan kegemaran mereka, dan aturkan makan malam bersama.

6. Tahu masa yang tepat.

Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumaanya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen