Tinggalkan Lelaki Itu Sekiranya Dia Katakan 4 Perkara Ini Kepada Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang itu berhak untuk memilih yang terbaik di antara yang terbaik. Begitu juga anda. Jika pasangan anda melukakan emosi anda, jangan pernah tutup luka itu dengan rasa sayang anda pada dirinya. Tetapi anda cuba untuk perhatikan adakah perkara yang dimaksudkan itu benar-benar lahir dari hatinya. Bukan itu sahaja, pengeluaran kata-kata kesat terhadap anda juga dianggap sebagai tidak menghormati diri anda, walaupun anda adalah pasangannya. Bagaimana pun, sekiranya empat perkara ini dikatakan olehnya, ia tidak sepatutnya menjadi pasangan anda. Berikut adalah empat perkara yang tidak perlu si dia katakan.



1. “Mengapa anda tidak boleh menjadi seperti bekas kekasih saya?”

Membandingkan anda bersama berkas-bekas kekasihnya yang lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Dia perlu menerima siapa anda. Anda juga tidak perlu untuk bertolak ansur dengannya apabila dia katakan itu. dia tidak seharusnya mengkritik anda hingga membuat anda kelihatan sangat teruk.

2. Menyuruh anda untuk berhenti berkata-kata.

Sebagai pasangan, anda seharusnya selalu berkongsi akan hari-hari anda. Tetapi sekiranya dirinya menyuruh anda untuk bercerita mengenai ia adalah tindak seorang lelaki yang tidak matang. Ia juga lelaki yang tidak berminat mendengar akan perkembangan hidup anda.

3. “Kamu seperti ibu kamu.”

Ia mungkin bermaksud untuk dua perkara. Tetapi jika ia membawa maksud yang teruk ia sangat mengecewakan. Dia menggunakan ibu anda sebagai alat untuk menghina anda dan membuat anda berasa buruk.


4. Melarang anda keluar dari rumah jika dia tiada berdekatan anda.

Anda tidak sepatutnya menetap untuk seorang lelaki yang mahu menindas anda. Sekiranya anda ingin keluar untuk lakukan sesuatu anda seharusnya keluar tanpa halangannya. Tindakan ini seolah-olah dia memenjarakan anda. Anda berhak hidup bebas tanpa halangan.

Anda seharusnya bijak meneliti kata-kata pasangan anda. Sekiranya kata-katanya melukakan hati anda, anda seharusnya mula menjauhkan diri darinya. Dia sepatutnya sebagai penyokong terbaik anda bukan yang menghilangkan keyakinan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen