Anda Mungkin Bertemu Jodoh Yang Betul, Jika Mampu Merendahkan Ego Teman Lelaki Anda. Ini Caranya.

Tidak semua wanita mahu melayan ego lelaki kerana lelaki yang mempunyai ego yang tinggi sukar untuk dikawal sikapnya. Dan apa yang berlaku? Sudah tentu wanita akan meninggalkan teman lelaki tersebut. Kerana itu zaman sekarang wanita mudah berputus asa dan lebih memilih lelaki yang lebih baik.

Wanita yang bijak mengawal ego lelaki adalah seperti..



1. Jual mahal.

Wanita perlu bijak bermain dalam permainan itu supaya tidak salah percaturan. Jadi kaum wanita jangan lah terlalu nampak sangat anda gelojoh tidak sabar mahu berkahwin dengan si dia. Kerana emosi wanita ini sukar untuk dikawal, jadi anda perlu bijak psiko diri anda sendiri untuk menyembunyikan perasaan teruja tentang perkahwinan di awal perkenalan. Berhubung jika perlu sahaja.

2. Tidak terlalu clingy.

Wanita perlu tahu, disebalik manja anda itu, lelaki juga tertarik jika anda lebih berdikari dan pandai membawa diri ke mana sahaja. Selagi belum bernikah, lakukan lah apa sahaja bersama sahabat, keluarga dan apa sahaja yang anda suka. Jangan nanti dah kahwin, suami mahu bermanja, anda pula terhegeh-hegeh mahu meluangkan masa bersama sahabat kerana sebelum berkahwin sering meluangkan masa bersamanya 24/7.



3. Tidak membuat mereka terlalu selesa.

Jika anda dan teman lelaki sentiasa berada dalam zon selesa, dan anda hanya membiarkan ego mereka berleluasa, lelaki akan mudah bosan juga sebenarnya. Lelaki akan fikir mereka mudah memonopoli situasi dan tinggalkan pasangan kerana tiada cabaran daripada anda.

Jadi, apabila mereka terlalu ego, tegurlah mereka secara baik, gunakan nada suara yang lembut dan mampu mencairkan hati mereka. Lelaki yang matang dan gentleman tidak akan mudah melatah.



4. Tidak terlalu menurut permintaan mereka.

Lelaki yang ego pastinya seorang yang dominan dan suka memerintah. Mereka tidak suka menurut kata-kata orang lain. Jadi, anda sebagai wanita jika hanya menurut sahaja kata mereka, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan berasa bosan.

Jadi, anda jangan lah hanya menurut dan jadi pencadang. Lelaki tidak semuanya dictator, mereka juga mahu mendengar kebijaksanaan anda.

5. Cuba melawan egonya.

Lelaki yang ego sudah pasti tidak akan mengaku kekurangannya pada orang ramai. Jika seorang wanita mampu mencari kekurangan dan kelemahan tersebut, mungkin anda sudah tahu bagaimana untuk melawan ego mereka. Anda amat bertuah jika, kekurangan tersebut anda jadikan bahan jenaka dan mereka mula mengakui kelemahan tersebut pada orang ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen