Soalan-Soalan Maut Yang Wanita Akan Tanya Pada Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Fikiran seorang wanita sememangnya sukar untuk difahami. Terutama apabila mereka mula menanyakan beberapa soalan maut sehingga pasangannya kelu untuk menjawabnya. Itu belum lagi sekiranya soalan-soalan yang perlu pasangannya membuat pilihan, ia sangat menyukarkan. Pemikiran wanita ini terlalu berlebihan yang membuat dirinya sendiri berasa insecure terhadap pasangan, hubungan dan dirinya sendiri. Mari ketahui soalan-soalan yang bakal mereka tanyakan.



1. “Berapa banyak sayang awak kepada saya?”

walaupun cinta dan sayang itu sukar untuk diukur, ia tetap akan menjadi persoalan bagi teman wanita anda. Soalan ini hanya untuk membuat dirinya berasa selesa akan hubungan tersebut. Ia juga merupakan jaminan yang dia mahu terhadap hubungan tersebut.

2. “Adakah awak masih bersama saya sekiranya ibu bapa awak tidak menyukai saya?”

Ini adalah soalan yang sangat rumit, terutama apabila ia melibatkan ibu bapa anda. Nasihat yang terbaik dari kami ialah, anda perlu meyakinkan dirinya bahawa ibu bapa anda pasti akan
menyukai anda walau apa sekali pun. Jangan timbulkan keraguan kerana ia akan menimbulkan banyak persoalan.

3. “Ada orang lain yang menyukai awak?”

Anda harus memberitahu perkara yang benar, sekiranya terdapat orang lain yang menyukai anda. Tetapi anda harus meyakinkan bahawa dirinya mempunyai tempat istimewa di hati anda. Dan anda juga perlu menyatakan bahawa apa yang dimilikinya tidak akan ada pada gadis lain.


4. “Adakah bekas kekasih awak lebih cantik berbanding saya?”

Katakan sahaja bahawa dirinya lebih cantik berbanding bekas kekasih anda. Biarlah dia tahu bahawa kecantikannya tidak dapat ditandingi dan anda enggan melayan pemikirannya yang berlebihan itu.

5. “Pernah terfikir untuk berpisah dengan saya?”

Soalan ini akan ditanya apabila hubungan itu terlalu lama dan agak membosankan. Ia menunjukkan bahawa anda sudah kurang berminat terhadap dirinya. Tetapi anda harus meyakinkan diri bahawa anda masih ingin bersamanya. Cuma waktu dan kesibukan yang membuat dia merasa begitu.

Jangan pernah membuat pasangan anda merasa ragu-ragu terhadap anda. Apabila pelbagai soalan yang pelik timbul dari mulutnya, anda perlu tenang dan sentiasa meyakinkan dirinya. Jangan buat diri berfikir secara terperinci akan perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen