Tak Sabar Nak Kahwin? Anda Perlu Tahu 7 Fasa Ini, Untuk Mengelakkan Konflik Pada Masa Hadapan. (Bahagian 1)

Siapa sahaja tidak gembira apabila bertemu jodoh dan ingin melangsungkan perkahwinan secepat mungkin. Tetapi sebelum terburu-buru untuk membina mahligai dan bahtera perkahwinan dengan si dia, anda perlu lah ketahui fasa ini supaya dapat mengelakkan konflik kelak.



Ia juga untuk mencegah perkara yang anda dan si dia tidak ingin berlaku…

1. Fasa Bulan Madu.

Fasa dimana anda dan pasangan hanya nampak semuanya indah belaka ketika berbulan madu. Mungkin ada antara mereka hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk menempuh fasa ini.

2. Fasa Realiti.

Ketika ini anda sudah nampak dunia realiti, mencari rezeki bersama-sama, kekurangan si dia yang anda tidak pernah nampak, cara si dia menguruskan diri sendiri yang tiba-tiba jelek pada pandangan anda, jangan terkejut ya.

Jadi anda perlu matang untuk mengendalikan situasi yang ternyata BARU bagi anda. Jangan culture shock pula.



3. Fasa Memberontak.

Apabila anda sudah nampak kekurangan, keburukan dan kelemahan yang anda sendiri tidak pernah tahu, malah tiba-tiba anda baru tahu habit dan hobi  yang anda sendiri tidak pernah nampak, situasi ini akan membuat anda untuk rasa memberontak.

Pertelingkahan yang sentiasa berlaku kerana anda berdua tidak sefahaman dengan PERKARA BARU TERSEBUT. Komunikasi lah dengan penuh kasih sayang, dan mendengar pendapat antara satu sama lain.

Walaubagaimana menurut pakar fasa ini merupakan satu fasa yang sukar kita elakkan bahkan kematangan serta keterbukaan pasangan untuk saling belajar dan sama-sama  melaluinya akan membawa mereka menguasai “the art of the GOOD FIGHT” yang seterusnya dapat membantu penyesuaian untuk peringkat seterusnya



4. Fasa Kerjasama .

Ketika ini lah, anda berdua menjadi semakin matang, bijak sana untuk bertoleransi menguruskan hal keluarga, kewangan, kebajikan dan segala isu. Anda akan menjadi jujur, telus, dan ikhlas untuk saling memberi malah menguatkan lagi hubungan.

Dan jika wujud MASALAH bukan lah bertindak secara individu dan memandang sebagai MUSUH tetapi KERJASAMA.

Maka sebab itulah isu-isu di peringkat FASA MEMBERONTAK memerlukan anda berdua menyelesaikan dengan cara yang berkesan, jika gagal pasti sukar untuk BEKERJASAMA pada peringkat ini...

Anda boleh baca bahagian yang kedua ini; 

Tak Sabar Nak Kahwin? Anda Perlu Tahu 7 Fasa Ini, Untuk Mengelakkan Konflik Pada Masa Hadapan. (Bahagian 2)


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen