Tips Berkawan: Jangan Melayan Gadis Lebih Daripada Berkawan, Jika Tiada Niat Untuk Berkahwin.

“Kenapa asyik lelaki je yang kena? Perempuan tu baik sangat ke? Tak pernah bagi harapan pada lelaki ke?”

Majoriti lelaki akan merungut tentang perkara ini, lebih-lebih lagi lelaki yang muda dan masih tidak matang. Kedua-duanya mempunyai sikap masing-masing, tetapi jarang kita mahu mendengar GADIS YANG INGIN MEMINANG LELAKI.

Walaupun ramai sahaja gadis yang digelar perigi mencari timba dan berani meluahkan perasaan suka pada si lelaki, TETAPI MASIH INGIN DIPINANG OLEH LELAKI YANG MENCINTAI MEREKA. Jika adanya gadis yang mahu meminang lelaki, pasti ia berlaku pada kadar peratusan yang sangat kecil.

Dan yang pasti ia hanya berlaku pada mereka yang mempunyai keimanan dan ilmu agama yang sangat tinggi berbanding yang lain.

Jadi dengan perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini, Kaum perempuan itu mempunyai perasaan yang lembut, sangat suka jika dirinya di beri perhatian, suka apabila dirinya di puji dan di ambil berat. Suka dirinya diberikan kasih sayang yang lebih.

“Kaum lelaki mungkin tidak dia sedar, kadang kala dia melayan seorang perempuan itu lebih dari seorang kawan. Setiap hari mesej, telefon kadang ajak keluar berdua-duaan dan macam-macam lagi. Tapi lelaki tu anggap perempuan itu hanya sebagai kawan biasa je…



Jadi kau kaum lelaki, janganlah melayan seseorang perempuan itu lebih dari seorang kawan, kerana hati perempuan itu mudah terusik dan mudah jatuh hati…

Apabila selalu jumpa, selalu mesej mesti hati terbit harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si lelaki atau wanita atau kedua-duanya sekali. Kasih sayang mudah berputik apabila fikiran selalu fikirkan tentang seseorang itu…

Perasaan hati dan perasaan kadangkala terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati…

Kalau dua-dua rasa perasaan yang sama tak apa lah. Ini beri harapan palsu. Masa bersendirian nak perempuan tu. Bila dah taknak buang macam tu je. Sekadar tempat hilangkan bosan…”



Dan pesannya juga JANGAN LAH anda…

1. Keluar berdua-duaan.

2. Mesra sangat masa keluar dan berkongsi air misalnya.

3. Bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan.

4. Bermain soal hati, panggil sayang bagai.

5. Terlalu ambil berat dan risaukan tentang dirinya.

6. Terlalu rapat, mengadu tentang masalah diri.

7. Sentiasa membalas mesej, telefon berjam-jam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen