Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Bujang, Sementara Menunggu Jodoh?

Jangan terlalu sedih dengan kehidupan anda sebagai bujang, hidup terlalu pendek untuk anda tangisi segala kesedihan yang anda alami, dan berasa murung setiap masa. Bangkit dan lakukan perkara yang produktif seperti dibawah…

1. Meluangkan masa untuk memajukan peribadi diri dan kerjaya.

Antara salah satu penyesalan bagi mereka yang telah berumah tangga adalah mereka tidak manfaatkan masa sebelum berkahwin untuk menguatkan rohani diri dan menstabilkan kerjaya mereka. Banyakkan meminta nasihat daripada orang tua atau mereka yang jauh berpengalaman dalam bagaimana ingin membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.



Hadirkan diri dimana surau atau masjid yang buat kuliah mingguan khas untuk wanita. Antara cara lain jika ada kekangan untuk keluar dan sebagainya boleh guna youtube untuk mendengar pengisian.

2. Berbakti kepada kedua ibubapa anda sebaik mungkin.

Ramai para isteri dan ibu yang mengalami kesukaran untuk berbakti kepada kedua ibubapa mereka setelah berkahwin. Banyak sekali hadis tentang membuat kebaikkan kepada ibubapa kita.

Rasulullah SAW bersabda:  “Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira, maka sesungguhnya ia membuat Allah redha. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis Riyawat Bukhari )



3. Timba ilmu tentang kehidupan berumah tangga.

Talak merupakan perkara halal yang Allah SWT tidak suka jika berlakunya perceraian antara suami isteri. Oleh kerana itu, persediaan sebelum bernikah perlu dilakukan dengan teliti daripada perkenalan dengan pasangan sehingga lah perancangan masa depan.

Jangan ada mindset kehidupan berumah tangga ini sama dengan kehidupan bujang. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya terjun dalam kehidupan berumah tangga tanpa ilmu dan nasihat yang cukup. Sebab itu kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh bawa gaduh dengan suami.

Antara buku yang anda boleh baca Men From Mars, Women From Venus, dan pelajari perbezaan utama antara Lelaki dan Wanita.



4. Belajar kemahiran yang asas diperlukan untuk berumah tangga.

Secara teori, adan sudah pelajari dan hafal dengan segala ilmu di dalam minda, tetapi adakah anda praktikkan teori tersebut? Atau lama-kelamaan ia hilang seperti ditiup angina, seperti tidak pernah pelajari teori tersebut?

Jadi, anda perlu ada SKILL untuk berumah tangga seperti memasak, membasuh baju, melipat baju, mop rumah dan dapur, menjahit supaya pandai decorate rumah.

5. Berdoa kepada Allah.

Kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri kita sebelum berkahwin. Serahkan sahaja urusan selepas itu kepada Allah. Berdoa lah kita supaya diberikan rezeki seorang lelaki atau wanita yang soleh dan solehah yang mampu membimbing kita dalam kehidupan ini menuju syurga yang abadi disana.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen