Tanda-Tanda Naluri Meyakinkan Anda Bahawa Anda Bersama Orang Yang salah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila berjumpa dengan seseorang, kita merasakan kita akan bahagia dengan dirinya. Mungkin dari segi pemikiran kita akan suka dirinya tetapi dari segi hati, kita tahu bahawa dirinya adalah orang yang salah. Tetapi kita masih lagi mahu mencuba dan melawan apa kata hati kita katakan. Rasa suka dan cintakan seseorang itu mungkin akan hadir setelah mencuba. Namun, hubungan yang datang tanpa rasa yang sebenar akan mendatangkan kesakitan sahaja. Mari kita ketahui bagaimana untuk mengesan tanda-tanda yang kita tidak bahagia.



1. Senyuman yang terpaksa.

Anda tidak mampu senyum seperti sedia kala apabila berhadapan dengannya. Segala-galanya anda lakukan dengan penuh rasa terpaksa. Senyuman serta gelak tawa yang anda berikan juga terpaksa demi untuk menjaga hatinya.

2. Berhenti melakukan perkara yang anda suka.

Rasa hilang minat terhadap dirinya kerana anda rasa tidak bahagia. Anda juga merasakan hidup anda tidak menarik lagi. Anda kehilangan semangat untuk menjalani hari-hari anda.

3. Rasa rendah diri.

Hubungan ini sepatutnya penuh dengan keyakinan. Tetapi anda pula, rasa malu dan tidak yakin dengan pasangan anda. Anda juga tidak mahu berjumpa dengannya hanya merasakan diri anda merasa kosong.


4. Rasa masa lambat berjalan.

Apabila bersamanya, anda merasakan diri anda sangat terikat. Waktu juga bergerak begitu perlahan. Anda terasa sangat payah untuk menghabiskan masa-masa bersamanya.

5. Bertindak sebagai orang yang pasif.

Anda mengambil langkah untuk menurut sahaja katanya. Ia demi mengelakkan perbalahan. Anda juga tidak akan membawa keceriaan dalam hubungan tersebut.

Apabila anda tahu bahawa anda bersama dengan orang yang salah, anda seharusnya mengelakkan diri untuk terus bersamanya. Anda harus lakukan pada awal perhubungan. Bukannya apabila diri merasakan anda adalah pasangan yang sesuai dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen