Depression Adalah Perkara Yang Serius, Ketahui Jika Pasangan Anda Mengalaminya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Depression atau kemurungan adalah suatu perkara yang serius. Mereka yang mengalami perkara ini sering kali merasakan diri mereka tidak berguna dan mempunyai niat ingin membunuh diri. Biasanya orang di sekeliling mereka tidak akan perasan jika seseorang itu mengalami kemurungan yang serius. Masalah kemurungan ini perlu diambil tindakan dengan segera, maka dengan itu anda perlu tahu tanda-tanda kemurungan yang dialami seseorang. Berikut terdapat beberapa tanda kemurungan.



1. Hari-hari yang dilalui tidak indah.

Setiap orang mempunyai hari yang buruk dan juga indah. Tetapi bagi mereka yang alami tekanan ini, hari-hari indah itu bagaikan hari bertuah mereka. Jika hendak dibandingkan dengan hari yang dipenuhi dengan penyeksaan. Jika anda melihat pasangan anda sedang alami kesukaran, dia mungkin sedang mengalami hari-hari yang sukar.

2. Mudah marah atas perkara-perkara yang remah.

Apabila anda tertekan, banyak perkara yang bermain di fikiran anda. Itu akan menyebabkan anda lebih mudah untuk menjadi seorang yang pemarah. Jadi jika si dia mudah melenting untuk hal yang remeh tidak seperti sebelum ini, mungkin dia sedang alami tekanan.

3. Mula melakukan perkara yang luar dari rutinnya.

Jika dia dahulunya tidak merokok tetapi kini dia mula merokok. Maka dia sedang mula mencari tempat yang mampu berinya ketenangan. Bukan hanya ketenangan tetapi ia juga sengaja untuk menarik perhatian anda agar anda sedar akan keadaan dirinya yang banyak berubah.


4. Sentiasa letih.

Orang yang tertekan akan sentiasa letih kerana kerap bermain dengan emosinya. Jika dia kerap letih dan tidak produktif serta aktif seperti dahulu, itu bermakna ada yang tidak kena akan dirinya. Maka dengan itu, anda perlu periksa akan keadaannya dengan sebetul-betulnya.

5. Selera makan yang tidak stabil.

Sekiranya dia mengalami perubahan bentuk badan dalam masa yang singkat. Anda perlu ketahui puncanya. Seseorang yang mengalami penurunan atau peningkatan dalam berat badan dalam masa yang singkat itu bermakna dirinya sedang alami menghadapi sesuatu yang sukar.

6. Menjauhkan diri daripada semua orang.

Apabila dia mula mengasingkan diri mereka ke dalam dunia mereka ini sendiri, itu adalah perubahan yang semakin ketara. Mereka melakukan itu kerana, tidak mahu berkongsi masalah mereka serta tidak mahu membawa aura negatif kepada orang yang mereka kasihi.

Sekiranya pasangan anda mengalami beberapa tanda di atas, anda perlu segera untuk memantau akan keadaannya. Jangan biarkan dirinya bersendirian untuk menghadapi masalahnya. Bawa mereka untuk berjumpa dengan pakar agar dapat menyembuhkan mereka seperti sedia kala.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen