Lelaki Kerap Memikirkan 5 Perkara Ini Apabila Bersama Pasangannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki lebih suka memendam apa yang mereka rasa berbanding meluahkan. Bukan hanya memendam sahaja, mereka juga kerap memikirkan perkara-perkara yang berlaku. Apa yang difikirkan adalah lebih banyak mengenai pasangannya. Walaupun, anda adalah kekasihnya namun, dirinya masih tidak dapat memahami anda dengan baik. Maka dengan itu, perkara yang berlaku itu hanya mampu berlegar di fikirannya. Berikut adalah perkara yang mereka tidak fahami dan bermain di fikiran mereka.



1. Kenapa pasangannya sentiasa beremosi.

Kadang-kadang anda akan membebel untuk satu perkara yang remeh. Namun dirinya hanya diam tetapi memandang anda. Dia tidak mahu memburukkan keadaan tetapi dia memikirkan mengapa anda perlu pening kepala akan perkara kecil itu.

2. Berharap anda memberi petunjuk dengan perkara yang anda mahukan.

Seorang lelaki tidak mampu membaca pemikiran pasangannya. Maka dengan itu, dirinya berharap anda berterus terang apa yang anda mahukan. Bukannya hanya memberikan sedikit petunjuk agar dirinya faham akan kehendak anda.

3. Mengapa dirinya cinta akan anda sedangkan anda begitu rumit.

Bagi dirinya anda begitu rumit, di mana anda mahukan sesuatu yang sempurna tetapi anda tidak sempurna. Anda tidak mahu apa yang anda miliki tetapi mahu kepunyaan orang lain. Anda banyak bercakap, anda marah akan perkara yang remeh serta banyak lagi. Banyak perkara yang menunjukkan anda rumit tetapi dia masih mencintai anda.


4. Berharap anda berhenti mengeluh.

Mereka berharap anda berhenti untuk mengeluh malah bersyukur tentang apa yang anda miliki. Banyak perkara yang anda mengeluh dan dirinya tempat anda melepaskan segala-galanya. Bukan itu sahaja dirinya juga terpaksa menjadi pendengar setia anda walaupun dia tidak mahu.

5. Anda sentiasa mahukan lebih daripadanya.

Mereka mahu anda menerima dirinya seadanya. Namun, anda sentiasa mahukan usaha yang lebih walaupun pada ketika itu dirinya sedang berusaha. Bagi dirinya anda penuh dengan desakan.

Mereka tidak pernah meluahkan apa yang mereka fikirkan. Hal ini kerana, mereka tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mengganggu emosi anda. Maka dengan itu, mereka memilih untuk diam dan cuba memahami anda walaupun ia perkara yang sukar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen