Hentikan Ungkap Kata Maaf Berkali-Kali, Jika Tidak Mahu Si Dia Bosan Dengan Anda.

Di dalam hubungan percintaan, setiap pasangan pasti akan mudah rasa bersalah tidak kira sesiapa sahaja yang membuat kesilapan. Apabila mudah menjadi serba salah terhadap pasangan, kita akan cuba bertindak untuk meminta maaf dan mengungkapkan kata maaf berkali-kali sehingga si dia berasa rimas.



Situasi begini pasti akan memudaratkan dalam jangka masa yang panjang, kerana jika ia berlaku terlalu kerap dansalah seorang pasti mudah berasa bosan. Jadi, jom ketahui cara-cara untuk berhenti mudah rasa bersalah pada setiap masa…

1. Cuba hentikan rasa bersalah yang melampau-melampau.

Perkara sebegini berlaku kerana pemikiran anda yang hanya tertumpu pada bahagian negatif sahaja, seperti hidup kita tiada yang positif dan minda tertutup. Anda bukan sahaja sering nampak kesalahan si dia, bahkan anda berterusan menyalahkan diri sendiri jika hubungan berantakan.

Hentikan pemikiran sebegini, tetapi cuba untuk fikirkan solusi menyelesaikan masalah.



2. Cuba mencari kelemahan dan jangan merumitkan masalah.

Apabila anda mencari kelemahan sama ada pada diri sendiri atau pada si dia, jangan pula berterusan menyalahkan sesiapa hanya kelemahan tersebut. Tetapi cuba untuk memperbaiki kelemahan dan tidak merumitkan masalah.

Contoh jika anda sendiri tidak dapat mengawal emosi dan panas baran, henti menyalahkan diri sendiri setiap masa, tetapi cuba berbincang dengan pasangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

3. Catatkan segala kelemahan anda.

Seperti yang anda lakukan semasa menilai pasangan sama ada baik atau buruk, list-kan juga kelemahan anda di dalam diari. Apakah kelemahan dan keburukan semasa hubungan terjalin bersama si dia. Ketika itu baru lah anda berfikir, untuk memperbaiki keburukan tersebut dan anda akan lihat punca sebenar.



4. Pentingkan penjagaan diri sendiri.

Kadang-kala anda perlu juga memikirkan tentang diri anda sendiri, ia bukan lah menjadikan anda mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengambil berat tentang si dia. Fikirkan tentang keadaan diri anda dahulu seperti kesihatan, dan sayangi diri sendiri supaya pasangan mudah menyayangi anda juga.

5. Tidak mengulangi kesilapan.

Jika anda sudah tahu kesilapan anda terhadap si dia dan sering mengungkapkan kata maaf, jangan pula sampai suatu ketika anda terlapa perbuatan tersebut dan masih mengulangi kesilapan yang sama. Si dia pasti bosan dengan anda, kerana mengulangi kesalahan yang sama, mengungkap kata maaf berkali-kali dan kemudian mudah rasa bersalah.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen