5 Cara Mudah Menjadi Teman Wanita Supportive Ketika Demam Perlawanan Bola Sepak Dunia.

Setiap musim perlawanan bola sepak sahaja, pasti semua golongan lelaki akan tidak senang duduk, mula membeli jersi kegemaran mereka dan sering menceritakan tentang bola daripada siang hingga ke malam. Malah lebih suka lepak di kedai mamak bersama kawan-kawan, kerana untuk merasakan kemeriahan perlawanan tersebut.



Situasi begini pasti akan memeningkan kepala pada pasangan mereka, kerana si lelaki mula tidak fokus, semua perbualan hanya berkaitan tentang bola sahaja dan tidak memberi perhatian kepada teman wanita.

Sebagai teman wanita pasti buntu, apakah yang anda perlu lakukan supaya anda juga diberi perhatian ketika demam perlawanan bola sepak dunia ini, malah menjadi teman wanita yang supportive..

1. Ambil tahu tentang negara mana yang menjadi kegemaran si dia.

2. Apabila sudah tahu tentang negara tersebut, anda boleh google dengan mudah hanya menaip WORLD CUP 2018. Pasti anda akan mudah melihat segala berita tentang perlawanan bola sepak dan score setiap perlawanan tersebut.



3. Anda tahu risiko ini, apabila anda mula sahaja membuka mulut tentang perlawanan bola tersebut terutamanya negara kegemaran si dia, pasti mulutnya becok sahaja untuk menceritakan tentang bola. Jadi, soal sahaja apa yang bermain di fikiran anda.

“Siapa yang paling terer dalam pasukan tu?”

“Siapa yang paling muda?”

“Siapa yang paling lama bermain?”

“Kenapa awak minat pemain tu eh? Handsome tak? Hehe”

“Siapa yang dah kahwin? Nak tengok isteri dia cantik tak? Kalau persis model, boleh tak nak cantik macam dia?”

Pasti lebih banyak anda boleh bualkan.



4. Apabila sudah mengetahui negara kegemaran si dia, pastikan melihat warna negara tersebut.

Jika biru, tidak salah anda memakai baju biru dan matching bersama si dia. Atau lebih mudah beli sahaja jersi kegemaran si dia, dan pakai bersama si dia. Jika anda dengan si dia tidak keluar bersama, selfie gambar anda dengan baju tersebut dan hantar kepadanya, sebagai tanda sokongan.

5. Menonton perlawanan bersama dengan keluarga.

Jika anda mempunyai adik-beradik lelaki yang gila bola ajak sahaja teman lelaki untuk menonton bersama dengan mereka. Mudah dan selamat. Malah masakkan makanan kegemaran si dia juga. Jika bosan untuk menonton perlawanan bola tersebut, tidak perlu menonton keseluruhan, jika mereka menyorak keseronokan, join sahaja mereka untuk menyorak dan menjadi cheerleader.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen