Ingin Stalk Media Sosial Bekas Kekasih Anda? Itu Adalah Satu Rancangan Yang Buruk.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan ingin tahu tentang perkembangan bekas kekasih adalah satu perasaan yang biasa bagi mereka yang masih belum move on. Mengapa? Hal ini kerana, anda masih ingin tahu keadaan dan siapakah pasangan barunya. Jika anda sudah move on, siapa pasangan baru ataupun bagaimana kehidupan si dia itu sudah tidak penting bagi anda. Berikut adalah sebab mengapa melihat laman media sosial bekas kekasih anda adalah satu perkara yang buruk.



1. Kenangan lama kembali semula.

Mungkin bagi anda kenangan itu telah dilupakan. Tetapi ia boleh kembali semula apabila anda melihat wajah dan gambar si dia. Maka dengan itu, mula lah anda akan teringat kembali akan perkara lalu.

2. Rasa rindu akan kembali.

Dia seorang yang penting dalam hidup anda pada masa lalu. Agak mustahil apabila anda melihat kehidupannya yang sekarang ini tidak akan membuat anda rasa rindu dengan dirinya. Ia juga akan menyebabkan anda gagal mengawal perasaan anda.

3. Proses penyembuhan akan menjadi sukar.

Daripada anda sudah hampir berjaya untuk melupakan dirinya, dengan melihat gambarnya membuat anda rasa semakin terluka. Dan anda perlu memulakan semuanya dari awal untuk melupakannya kembali.


4. Pemikiran anda akan terganggu dengan bayangannya.

Kehidupan harian anda akan terganggu apabila anda mula mengingatinya. Mana tidaknya, banyak perkara boleh terhenti hanya kerana anda tidak mampu mengawal perasaan ada.

5. Akan menghalang anda mencari kekasih yang baru.

Rasa untuk mencari pasangan yang baru mungkin akan ditunda oleh anda. Hal ini kerana, anda masih tidak mampu untuk melupakan dirinya lagi.

Maka dengan itu, jangan pernah sesekali pun anda mencuba untuk melihat media sosial bekas kekasih anda. Melainkan anda sudah mempunyai pengganti dirinya. Tetapi itu juga masih tidak digalakkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen