Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Bercinta Dengan Pemegang Zodiak Capricorn.

Oleh: Zuzu Yasmine

Zodiak Capricorn ini adalah mereka yang lahir di antara bulan 22 Disember hingga ke 19 Januari. Agak sukar apabila jatuh cinta dengan mereka yang kompleks dan agak keras ini. Tetapi kita tidak boleh mengawal hati kita untuk memilih sama ada menyukai atau tidak seseorang itu. Mungkin anda akan bercinta dengan mereka satu hari nanti, mana tahu bukan. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu apabila bercinta dengan mereka yang memegang zodiac Capricorn ini. Mari ketahuinya.



1. Seorang yang serius.

Mereka ini seorang yang sangat serius dalam kebanyakan perkara. Mereka juga selalunya akan terlalu fokus dalam sesuatu perkara yang mereka lakukan. Tetapi, anda juga masih boleh melakukan keseronokan seperti bergurau senda dengan dirinya.

2. Seorang yang bertanggungjawab.

Baik lelaki mahupun wanita, mereka ini mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Mereka juga akan cuba mengatasi anda dalam setiap perkara yang memerlukan sesebuah keputusan dilakukan.

3. Lebih banyak tahu berbanding anda.

Mereka yang memegang zodiac ini biasanya mempunyai pengetahuan yang banyak. Ia mungkin akan cuba memperbetulkan segala maklumat yang anda ketahui dengan maklumatnya. Jadi ia akan sedikit mengganggu anda.


4. Seorang yang pemarah tetapi sweet pada masa yang sama.

Dirinya mungkin kelihatan sedikit muram apabila tidak mengenali dengan lebih dekat. Tetapi mereka ini boleh berubah menjadi seorang yang sangat romantik dan sangat manis pada anda. Namun, ia bergantung pada waktu dan keadaan yang tertentu.

5. Sangat bercita-cita tinggi.

Dia mempunyai banyak impian dan berharap mampu memenuhi segala impiannya itu. Maka dengan itu, dia selalu berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai segala impiannya itu.

Apabila anda menjalinkan hubungan dengan mereka ini, cuba untuk mengenalinya dahulu sebelum membuat penilaian terhadap dirinya. Mana tahu anda yang akan menyesalinya apabila menolak cinta mereka ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen