Tak Sabar Nak Kahwin? Jom Ikuti Cara Mudah Menyimpan Duit Untuk Tabung Kahwin.

Sebagai permulaan, anda perlu tahu kos perbelanjaan dan bajet perkahwinan yang anda perlukan. Anda perlu rajin untuk mencatat segala perkara yang penting dan cara-cara untuk menyimpan. Jadi, sediakan nota dan catat info ini…



1. Warna kegemaran.

Setiap duit kertas mempunyai pelbagai warna bukan, jadi warna apakah kegemaran anda? Jika merah, jadi kumpulkan duit tersebut dengan lebih banyak dan mempunyai target. Contoh; sepuluh helai RM10 untuk 2 minggu sebagai minimum. Jadi, sebulan sekurang-kurangnya anda dapat menyimpan RM200.

Perkara sebegini, lama kelamaan akan menjadi ketagih kerana anda seperti berminat untuk menyimpan dengan lebih banyak setiap bulan mengikut warna kegemaran anda.

2. Merancang perbelanjaan.

Anda perlu bijak untuk merancang perbelanjaan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Jadi, sebagai permulaan tanamkan niat untuk menyimpan RM500 SEBULAN PALING MINIMUM dan mempunyai target.



Tidak salah jika anda mahu menyimpan dengan menggunakan warna duit kegemaran anda juga!

RM1 = 50 KEPING = RM50

RM 5 = 10 KEPING = RM50

RM10 = 10 KEPING = RM100

RM20 = 10 KEPING = RM200

RM50 = 2 KEPING = RM100

3. Mula membuka bank account untuk tabung kahwin.

Apabila simpanan tabung anda semakin banyak, anda perlu menyimpan di dalam account bank anda sendiri. Jangan menyimpan di dalam rumah terlalu banyak, khuatir perkara tidak diingini akan berlaku, jadi sebagai langkah berjaga-jaga, buka satu account bank khas untuk duit kahwin sahaja.



Dan jangan diusik duit kahwin itu, ini akan membuatkan anda tidak akan membelanja duit tersebut kerana tidak bercampur dengan duit belanja.

4. Simpan sebelum berbelanja.

Ikuti formula ini;

PENDAPATAN – SIMPANAN = BELANJA

Jadi, anda perlu berdisiplin untuk menyimpan dahulu sebelum berbelanja. Bayar dahulu segala komitmen dan hutang bill, kemudian membuat simpanan, setelah menyimpan baru lah anda boleh berbelanja mengikut kemampuan sendiri.



Sila tangguhkan kehendak dan nafsu anda untuk mempunyai gajet baru atau pakaian branded hanya kerana terpengaruh dengan rakan media sosial. Jika kempunan sangat untuk minum Starbuck, tahan diri dan cuba untuk beli sebulan sekali. Bukan setiap hari!

5. Psikologi dalam diri sendiri.

Anda perlu berfikir, mana yang lebih penting ketika diusia anda sekarang ini? Perkahwinan? Gajet? Travel? Jangan tergoda dengan setiap promosi telefon bimbit canggih dengan pakej telekomunikasi yang dipaparkan, seperti anda boleh membuat bayaran bulanan contoh RM200 sebulan.

Ini kerana perkara tersebut bakal membuatkan anda tiada simpanan kelak, mana tahu jika terjadinya perkara kecemasan di masa akan datang, bukan?



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen