Anda Rasa Perpisahan Adalah Jalan Terbaik? Anda Perlu Berjuang Dahulu Sebelum Berputus Asa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pertengkaran dan pergaduhan dalam hubungan sememangnya memenatkan. Ditambah pula apabila kekurangan sefahaman dan keserasian apabila bersama. Itu yang menyebabkan hubungan tersebut semakin keruh lama-kelamaan. Ramai yang memilih untuk berputus asa berbanding untuk terus berjuang mempertahankan hubungan tersebut, sedangkan hubungan tersebut telah lama dibina dengan rasa kasih sayang. Tahukah anda, peluang untuk hubungan anda kembali pulih seperti sedia kala adalah tinggi sekiranya hati si dia masih kekal bersama anda. Berikut adalah sebab mengapa anda perlu berjuang demi hubungan anda.



1. Mampu berdamai dengan baik dalam setiap pergaduhan.

Jika anda dan pasangan masih lagi mampu berdamai dengan baik walaupun sering bergaduh, itu menandakan bahawa kalian masih sayang antara satu sama lain. Rasa sayang itu lah menyebabkan masing-masing mahu berhentikan pergaduhan cepat yang mungkin.

2. Masalah ketidakserasian yang tidak melampau.

Setiap orang adalah berbeza. Agak mustahil juga untuk mendapat keserasian dal hubungan dalam jangka masa yang pendek. Oleh itu jika anda dan pasangan masih lagi mempunyai keserasian, maka pertahankan hubungan itu dahulu.

3. Pasangan anda masih lagi boleh berkompromi.

Jika sudah hilang rasa sayang, sudah pasti kesukaran untuk berkompromi bersama. Tetapi jika si dia masih lagi mampu berkompromi begitu juga anda, maka perbaiki hubungan anda. Jangan lepaskan sahaja hubungan itu.


4. Anda dan dirinya masih mahu mencuba.

Jika kalian merasakan kalian sudah mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu mulakan hubungan yang baru. Maka anda dan pasangan masih mahu lagi mencuba pertahankan hubungan yang dibina itu. Jadi jangan berputus asa.

5. Anda merasakan dirinya adalah orang yang tepat.

Ikut apa yang hati dan naluri anda katakan. Kadang kala apabila ikut hati dan naluri ini sebenarnya adalah lebih elok. Hal ini kerana, semakin banyak anda fikir semakin terganggu keputusan yang akan dibuat.

Apa yang penting ketika anda mahu pertahankan hubungan anda adalah dia masih lagi kekal sayang akan anda. Bukan itu sahaja, dirinya juga masih lagi tidak berpaling mencari yang lain. Baru lah berbaloi anda pertahankan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen