Mari Kenali Adakah Pasangan Anda Seorang Yang Matang Ataupun Tidak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah menjangkau umur 20-an ini, pencarian pasangan hidup yang serius sudah dimulakan. Anda sudah pasti mahu menjalinkan satu hubungan yang matang bersama pasangan anda. Bukan hanya hubungan yang matang sahaja, tetapi pasangan anda juga perlulah seorang yang matang. Namun, bagaimana untuk mengenali bahawa dirinya adalah seorang yang matang? Mari ketahui.



1. Mengutamakan hubungan dari rakan-rakan.

Seseorang yang benar-benar matang tidak akan mengutamakan rakan-rakannya yang hanya berkepentingan untuk keseronokan. Mereka ini lebih mengutamakan hubungan yang dibina tetapi masih tidak mengabaikan rakan-rakannya. Di mana mereka tahu mengawal kedua-duanya dengan baik.

2. Berani menyelesaikan masalah sendiri.

Bagaimana cara dia menyelesaikan masalah yang dihadapi juga boleh menandakan bahawa dirinya seorang matang. Jika dirinya mampu menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa meminta bantuan orang lain, dia adalah sangat matang dalam hidupnya. Jika dia mengharapkan orang lain menyelesaikan untuknya, dia adalah tidak matang.

3. Berani berhadapan dengan tanggungjawab.

Sesetengah orang, apabila diberi tanggungjawab sama ada kecil ataupun besar akan mula merendahkan dirinya tanpa mencuba dahulu. Itu menandakan bahawa dirinya masih lagi belum matang. Tetapi sekiranya, dia berani menanggung risiko terhadap tanggungjawab yang diberikan, itu bermakna dirinya telah matang.


4. Sentiasa memikirkan masa depannya.

Apabila anda bercinta dengan seseorang yang matang, mereka ini akan lebih memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dan mereka juga akan menyusun kehidupannya agar mempunyai masa depan yang baik. Tetapi sekiranya si dia hanya sambil lewa akan masa depan itu menandakan bahawa dirinya masih belum matang.

5. Mengaku salah dan sentiasa memohon maaf.

Mereka yang matang ini juga selalunya akan lebih mudah untuk memohon maaf dan mengaku salah. Hal ini kerana, mereka lebih mudah untuk hentikan pergaduhan daripada melibatkan diri dalam pergaduhan yang tidak matang.

Bercinta dengan mereka yang matang ini lebih nampak hala tuju hubungan yang dijalinkan. Bukan hanya itu, mereka juga lebih tumpukan satu hubungan yang serius jika tidak mereka akan pergi dari hubungan itu tanpa menunggu lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen