"Menjadi Seorang Ibu Bukan Mudah.." Pertama Kali Lipat Baju, Saharul Ridzwan Hargai Pengorbanan Isteri.

Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.



Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.

Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.

Berikut antara perkongsian tersebut;

"Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah...

Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni...



Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.."

Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.

Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen