Cara Mengetahui Bahawa Dirinya Mahukan Anda Sebagai Kekasihnya Hanya Melalui Kiriman Mesej.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang tahu penggunaan telefon bimbit ini juga turut membantu dalam komunikasi untuk pasangan bercinta mahupun bagi mereka yang baru sahaja berkenalan. Bukan itu sahaja, melalui mesej yang disampaikan melalui telefon bimbit ini juga, seseorang itu boleh menangkap perasaan seseorang. Jadi lebih mudah untuk mengetahui perasaan seseorang sebelum dirinya meluahkan perasaannya. Berikut adalah bagaimana seseorang itu meluahkan perasaannya tanpa sengaja melalui kiriman mesej.



1. Kerap meminta pendapat atau nasihat.

Jika diri anda tidak penting, sudah pasti pendapat mahupun nasihat anda tidak akan didengari. Tetapi sebaliknya akan berlaku apabila anda seseorang meminta pandangan serta nasihat dari anda. Anda menjadi salah seorang yang terpenting dalam dirinya.

2. Kiriman mesej ucapan.

Jika hanya menganggap anda sekadar teman biasa, sudah pasti tiada ucapan selamat pagi ataupun selamat malam. Tapi apabila dia mula melakukan itu, ia bermakna dia cuba untuk mengambil hati anda agar senang akan kehadirannya.

3. Perbualan mesej tanpa henti.

Apabila rasa selesa dan suka timbul pada masa yang sama, keinginan untuk membalas mesej itu akan timbul. Rasa keterujaan akan membuat dirinya ingin terus membalas kiriman anda.


4. Mesej-mesej yang kelakar.

Dirinya mula memikat anda dengan bahan-bahan yang kelakar agar anda tertarik dengannya. Bukan itu sahaja, ia juga salah satu cara untuk menimbulkan rasa selesa antara satu sama lain.

5. Berkongsi rutin harian.

Walaupun anda tidak menanyakan rutin hariannya, tetapi dirinya akan berkongsi apa yang dilakukan. Dan berharap anda mengambil berat serta mengetahui rutin hariannya.

Jika anda begitu teliti ketika membalas mesej dengan seseorang yang anda baru sahaja berkenalan, dengan mudah anda menangkap perasaannya. Bukan itu sahaja, dirinya juga akan mudah membaca perasaan anda apabila anda tidak menjaga kelakuan anda ketika membalas kirimannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen