Lelaki, Biar Tak Handsome Asalkan Pandai Bergaya. 4 Cara Dandanan Mudah Bagi Orang Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata orang berpendapat bahawa semua wanita sukakan lelaki kacak, mungkin ada benarnya tapi tidak semua wanita memandang kekacakan sebagai ciri utama dalam mencari pasangan. Rupa tidak melambangkan apa-apa, asalkan hati budinya cantik. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah lelaki berasa tergugat dan bimbang andai wanita yang dicintainya itu mahukan lelaki kacak sedangkan dia berasa dirinya tidak kacak. Jangan risau, lelaki akan kelihatan kacak sekiranya mengenakan pakaian yang sesuai atau pandai bergaya.



1. Memilih pakaian yang moden.

Penting bagi lelaki untuk memilih pakaian yang kelihatan up to date, namun tidak semestinya perlu mengikut trend. Pakaian moden yang dimaksudkan adalah pakaian yang tidak menampakkan anda seorang yang tidak tahu bergaya.

2. Pilih saiz baju yang sesuai.

Saiz baju yang terlalu besar akan menampakkan anda seorang yang selekeh manakala saiz terlalu kecil dan ketat menunjukkan ketidaksopanan untuk tatapan umum. Pada zaman sekarang ramai anak muda yang mengenakan baju yang ketat supaya otot senang kelihatan dan sekaligus menampakkan dirinya sado. Untuk istilah pandai bergaya, tidak semestinya perlu terlalu mengikut trend, cukup sekadar memilih pakaian yang bersesuaian dengan saiz badan anda.


3. Rambut.

Tidak seperti wanita, rambut boleh disembunyikan di dalam tudung, lelaki tidak boleh menyembunyikan rambut di mana-mana. Sebab itulah pentingnya penggayaan dan penjagaan rambut bagi lelaki. Potong rambut dengan gaya yang sesuai dengan bentuk muka dan jangan menyimpan rambut terlalu panjang jika anda bukan seorang yang sabar menjaga rambut panjang.

4. Aksesori tambahan

Pemakaian jam tangan sememangnya bukan perkara wajib, namun sebetulnya lelaki yang memakai jam tangan adalah kelihatan sungguh bergaya dan kacak. Topi juga bukanlah aksesori yang diminati oleh semua lelaki namun lelaki yang gemar mengenakan topi setiap kali keluar kelihatan lebih kemas dan rapi.

Setiap lelaki memiliki kelebihan tersendiri yang akan menampakkan kekacakan semula jadi pada dirinya. Namun sebagai langkah memikat hati wanita, keterampilan diri adalah sangat penting walaupun kurang handsome.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen