Panduan Memilih Hadiah Dan Kejutan Untuk Teman Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita merupakan insan yang memiliki naluri yang lembut dan sensitif, kecenderungannya terhadap perkara-perkara romantis adalah tinggi juga. Meskipun tidak pernah meminta, namun wanita sentiasa mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada pasangannya tidak kira pada hari tertentu atau kejutan tanpa sengaja. Ini beberapa panduan untuk memberi hadiah atau kejutan untuk wanita yang mungkin dapat membantu para lelaki.



1. Kejutan menggunakan orang ketiga.

Tentu sahaja siapa pun pasti menyukai kejutan walau hanya sekeping coklat Cadbury terutama daripada insan tersayang. Lelaki juga boleh membuat kejutan dengan menggunakan servis surprise delivery iaitu dengan memesan jambangan bunga, atau belon bertulis pada hari jadi si dia atau juga di kala kalian bergaduh, beri hadiah sebagai tanda anda minta maaf. Tentunya si dia tersenyum lebar tatkala menerima kejutan tersebut.

2. Kelainan pada bouquet

Sudah terlalu biasa kita lihat bouquet daripada bunga atau coklat. Sekiranya teman wanita anda seorang yang suka makanan, anda boleh mencuba sesuatu yang baru iaitu dengan memberi bouquet berbentuk ayang goreng drumstick. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa bunga sememangnya suatu lambang romantik, namun agak membazir kerana tidak boleh dimakan dan akan dibuang apabila layu. Jadi, bouquet ayam goreng yang semestinya digemari semua orang, boleh dicuba.


3. Kejutan di tepi tasik

Sekiranya anda seorang lelaki yang sukakan ketenangan dan mementingkan privasi bersama pasangan, anda boleh mencuba membuat kejutan kepada pasangan anda dengan membuat atau menempah dekorasi di tepi tasik. Terdapat banyak orang yang membuat servis dekorasi ini, hanya perlu membuat carian menerusi laman facebook atau instagram, dan pilih servis yang berhampiran lokasi anda. Kalian boleh menikmati suasana romantik yang mempunyai privasi tetapi masih di tempat terbuka.

4. Nilai sekuntum mawar merah.

Ramai yang tidak tahu apa erti sekuntum mawar merah. Mawar merah menandakan perasaan cinta dan sayang, sekiranya ia diberi oleh insan tersayang, maka nilainya adalah sangat tinggi. Sekiranya anda tidak memiliki bajet yang cukup di kala tibanya hari jadi si dia, maka sekurang kurangnya berilah sekuntum mawar merah pada hari tersebut sebagai tanda ingatan. Bila dah dapat gaji nanti kena bagi lebih la ye.

Hadiah dan kejutan bukanlah kayu ukur tentang nilai cinta dalam sesebuah hubungan, namun ia juga penting untuk memupuk keindahan dalam hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen