Maksud Disebalik Senyuman Lelaki.

Setiap orang memiliki senyuman yang menawan, termasuklah para lelaki. Masakan tidak sebahagian wanita akan menjadi tidak tentu arah sekiranya teman lelaki atau suami mereka mula mengukirkan senyuman.

Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka tetapi turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

Jom ketahui setiap senyuman para lelaki…

1. Senyuman dengan bibir tertutup.

Lelaki yang selalu tersenyum dengan bibir tertutup berkemungkinan cuba menyembunyikan sesuatu sama ada bentuk gigi yang tidak teratur atau bau nafas. Menurut kajian senyuman lelaki dengan bibir tertutup ini mempunyai karakter yang sangat licik dan boleh juga menjadi seorang yang sangat misteri.

Lelaki ini juga sebenarnya sukar untuk didekati dan gemar berahsia.

2. Senyuman yang lebar hingga nampak barisan gigi.

Lelaki yang memiliki senyuman sebegini dikatakan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Lelaki ini sangat realistik dan terlalu selesa dengan segala yang dimilikinya. Dengan tepat, si dia seorang yang mudah bersyukur dengan apa yang dimiliki walaupun sedikit.

Secara peribadi, mereka begitu bahagia tidak kira apa sahaja yang berada di sekelilingnya dan menerima setiap perkara dengan seadanya, sama ada baik atau yang buruk.

3. Senyuman sekilas.

Senyuman ini kebiasaanya dimiliki oleh anak-anak kecil yang baharu pertama kali diperkenalkan dengan orang asing. Senyuman jenis ini kelihatan malu-malu sekali gus membuatkan empunya diri tidak tentu arah.

Jejaka yang memiliki senyuman sekilas ini biasanya tergolong dari golongan introvert dan agak sukar untuk menyesuaikan diri dimana-mana tempat. Namun, jika sudah lama mengenali lelaki ini, mereka akan mula berasa selesa dan akan menunjukkan senyuman yang ikhlas.

4. Senyuman palsu.

Senyuman jenis ini biasanya senyuman lebar dan diikuti suara tawa, tapi jika diperhatikan matanya tidak pula seperti tertutup seiring dengan senyumannya. Senyuman ini sering 'dipamerkan' oleh jejaka yang sedang menyembunyikan sesuatu dan cenderung tidak setia.

Perhatikan pula isyarat lain yang memperlihatkan kegugupan si jejaka yang sering hadir dengan senyuman palsu ini, anak mata mereka sering meliar dan tidak memandang tepat ke arah anda. Buat para wanita, berwaspadalah dengan jejaka dengan senyuman palsu ini! Mereka bukanlah calon pasangan yang setia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen