6 Tip Jadikan Diri Terbaik Buat Isteri.

Oleh: Rafi

Setelah disatukan menjadi sepasang suami isteri, bagaimanakah caranya mahu menjadi suami yang disayangi isteri. Biarlah rumah tangga yang baru terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. Tip yang disediakan ini mungkin dapat membantu anda menjadi seorang suami yang disayangi isteri.



1. Komunikasi.

Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

2. Prihatin.

Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.



3. Memahami.

Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Sebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.

4. Tegas.

Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.

5. Simpati.

Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.



6. Romantis.

Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Apatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran dan sebagainya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen