Siapa Yang Lebih Merana Setelah Putus Cinta? Lelaki Atau Wanita?

Lelaki juga hanya lah manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?.

Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior.

Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita.

Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.

Robin Simon iaitu Professor bidang Sosiologi dari Universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih emosional dari aspek positif dalam hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya:

“Bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”.

Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengancam identiti serta harga diri seorang lelaki.

Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.

Jadi untuk lelaki yang putus cinta mungkin boleh mengikuti tips di bawah..

1. Jangan menipu diri sendiri, dan cuba bertenang. Cuba untuk bangkit dan bantu diri sendiri terlebh dahulu.

2. Jangan bebani emosi dengan sesuatu yang lebih merumitkan diri anda sehingga melibatkan orang lain.

3. Luangkan lebih masa bersama sahabat sama ada pergi ke gym, atau tournament kereta, motor dan sebagainya. Atau mencari hobi baru.

4. Cuba mencari kenalan baru.

5. Ubah cara pemakaian dan gaya rambut yang lain.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen