Hentikan Tabiat Buruk Ini Sebelum Akhiri Zaman Bujang.

Bicara tentang perkahwinan, sudah tentu semua golongan sangat teruja, terutama anak muda zaman sekarang. Idamkan perkahwinan gah seperti seorang puteri di istana, tetapi tabiat buruk sendiri lupa pula dikikiskan…

1. Sukar bangun pagi atau tidak solat subuh.

Usai sahaja solat subuh, jangan terus tidur tetapi jadilah seorang yang produktif. Training diri anda untuk bangun awal pagi, seelok-eloknya sebelum subuh, jika seorang lelaki bangun lewat, bagaimana untuk memimpin keluarga kelak, bukan?

Jika wanita, siapa pula mahu menyediakan makanan dan menguruskan rumah tangga?

2. Malas untuk mengemas rumah dan memasak.

Formula untuk mendapat anak lelaki yang rajin untuk mengemas rumah, bukan lah secara total didikan daripada ibu, tetapi PERANAN SEORANG BAPA yang akan menjadi contoh dan tauladan pada anak lelaki. Jika rajin seorang bapa ke dapur, menolong isterinya memasak dan mengemas rumah, Insya Allah, anak lelaki akan mengikuti jejak langkah bapanya tersebut.

Dan jika seorang gadis tidak di didik untuk mengemas rumah atau memasak, mereka bakal akan bergantung pada orang gaji sahaja dan tidak tahu melayan suami kelak.

3. Merokok.

Terutama pada lelaki yang sukar untuk membuang tabiat buruk ini. Berhenti lah merokok sebelum terjadinya perkara serius seperti sakit jantung. Jika bukan anda sendiri yang kena, berkemungkinan besar orang yang anda sayangi dan cintai bakal ke hospital untuk mendapat rawatan.

Jika hutang pun anda sukar untuk membuat bayaran, ini apatah lagi kos rawatan di hospital yang kita tidak tahu harganya. Harga nyawa tidak ternilai!

4. Tidak menutup aurat.

Jika bicara isu aurat, sudah tentu wanita yang kena tempiasnya. Tetapi lelaki juga jangan lupa untuk menutup aurat daripada pusat hingga ke lutut. Jangan memakai seluar ketat hingga menampakkan yang tidak sepatutnya. Jika anda sebagai lelaki tidak menutup aurat, bagaimana untuk memimpin seorang isteri dan anak-anak kelak untuk menutup aurat?

5. Playboy.

Dengan gelaran playboy atau playgirl, berhenti lah memainkan perasaan insan lain. Jika anda berkahwin hanya untuk mengelakkan maksiat, adakah anda pasti setelah berkahwin, anda tidak akan melakukan maksiat dengan orang lain?

6. Attention Seeker.

Cukup lah menempek muka sendiri di sosial media untuk menarik perhatian umum. Tidak salah untuk meletak gambar sendiri di sosial media, tetapi jangan pula membuat aksi manja, gedik dan membuat suara seperti berbisik di dalam kelambu. Cukup untuk bakal suami/isteri sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen