Seperti yang sedia maklum bahawa nama artis cantik molek ini semakin meningkat naik di dalam industri hiburan Malaysia. Bukan hanya kerana berbakat dalam bidang lakonan, artis ini juga mempunyai sifat yang mudah disenangi oleh orang sekelilingnya.
Artis yang popular dengan drama My Coffee Prince ini dikatakan takut jika dirinya didekati dengan lelaki kaya kerana tidak mahu dianggap dirinya mudah dibeli dengan wang ringgit.
“Memang saya tak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin lelaki kaya. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan lelaki kaya sering berfikiran semua wanita boleh diperdaya dengan wang ringgit,” jelasnya.
Jadi apakah ciri-ciri lelaki idaman Janna Nick ini? Bagi dirinya, kesederhanaan adalah lebih utama berbanding kekayaan. Hal ini kerana, kekayaan bukan penentu kebahagiaan.
Dirinya juga menyatakan, tidak kisah jika pasangannya tidak kaya tetapi jika suaminya seorang yang rajin sudah memadai. Hal ini kerana, suaminya nanti dapat membantu dalam perniagaannya nanti.
Tinggalkan Komen