Antara Fasa Ujian Dalam Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu.

Bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan jika pasangan seperti keras kepala dan tidak mampu menurunkan ego. Jadi, mengapa perlunya ego pada insan yang kita cintai? Malah mengapa perlu kita berkeras kepala jika dengan si dia kita mahukan sebagai teman hidup?

Jom hayati perkongsian dari Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Puan SUZANA GHAZALI ini..

Para psikologi telah menetapkan bahawa …

1. Lima tahun pertama sesebuah perkahwinan adalah tempoh untuk saling cuba menyelami hati dan budi masing-masing. Masa inilah kita akan tahu segala baik buruk pasangan kita. Ingat, kita adalah insan yang serba kekurangan dan kekurangan kita boleh disempurnakan oleh pasangan kita. Begitu juga, kekurangan pasangan kita hendaklah kita yang menyempurnakannya barulah rumahtangga akan bahagia.

2. Tahun keenam dan tahun-tahun yang seterusnya juga perlu diharungi bersama kerana ujian dan dugaan masih ada. Inilah hakikat hidup berumahtangga sebenarnya. Hidup yang dipenuhi ujian dan rintangan tetapi perlu ditempuhi dan diharungi bersama, bukan sendirian.

“Saya akui, ada tikanya saya mencadangkan pengunduran tetapi hanya kepada wanita yang bersendirian mengharungi ranjau dan onak duri perkahwinan. Apa guna punya suami hanya pada nama sedangkan segalanya diuruskan sendiri seperti tidak bersuami.

Bukan sehari dua tetapi bertahun-tahun. Saya pernah mendengar kata-kata seorang lelaki , tak apalah isteri berkorban lebih untuk suami sebabnya isteri menyayangi suami. Kerana sayang, isteri perlu bersabar dan cuba mengubah suami…”

“Siapa yang dijadikan daripada siapa sebenarnya? Bukankah kaum wanita yang dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Islam telah tetapkan tugas kaum lelaki untuk membetulkan kaum wanita dengan penuh hikmah kerana jika tersalah, tulang akan patah dan jika dibiarkan pun, tulang akan terus bengkok. Lantas, sejak bila tanggungjawab membetulkan dan mengubah ini berpindah kepada isteri?

Saya tau, ada antara wanita yang berjaya mengubah pendirian dan sikap suami. Suami boleh dibentuk oleh isteri sekiranya suami sedar akan kelemahan diri dan bersedia menerima tunjuk ajar dan bimbingan...bersedia untuk berubah malah menunjukkan tanda-tanda awal inginkan perubahan”.

“Bagaimana jika memiliki suami jenis bodoh sombong...sukar menerima pendapat apatah lagi diperbetulkan...apakah isteri perlu berkorban hingga jiwa terkorban?..”

“Jangan silap memahami fakta...memang benar ujian dan dugaan adalah rempah ratus rumahtangga tetapi segala ujian dan dugaan perlu diharungi dan ditempuhi bersama. Jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk mengatasinya, jangankan lima tahun, lima puluh tahun pun, belum tentu rumahtangga akan bahagia. Pilihan di tangan anda!”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen