Punca Pasangan Anda Tawar Hati Dalam Perhubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hubungan mempunyai pasang surutnya. Tidak kira lah ketika bercinta mahupun telah menjadi suami isteri. Orang kata lebih banyak dugaan yang datang dalam perhubungan itu, semakin kuat kasih sayang antara pasangan tersebut. Namun, satu dugaan yang membuat pasangan berpaling mencari yang lain adalah apabila mereka ini telah tawar hati dengan pasangan mereka.

Apa maksud tawar hati? Tawar hati ini adalah satu perasaan di mana ia bukan benci tetapi sudah tidak mahu melihat anda lagi. Bukan itu sahaja, jika pasangan anda sudah tawar hati dengan hubungan anda ia akan bertindak seperti tidak kisahkan segala perbuatan and. Apa punca seseorang itu tawar hati?



1. Pasangannya tidak seperti dahulu.

Pada permulaan hubungan sudah pasti masing-masing sangat teruja akan satu sama lain. Tapi apabila rasa teruja itu hilang, dan pasangan sudah berubah angin serta perangai maka mulalah rasa tawar hati itu datang.

2. Sudah tidak berhias untuk pasangan.

Ketika bercinta dahulu semuanya nak melawa, nak jumpa depan rumah pun masih nak berhias. Tapi apabila hubungan telah lama, keluar makan malam bersama pun pakai baju kelawar. Itu juga menyebabkan pasangan rasa tawar hati.

3. Sukar akui kesalahan.

Tak semua orang akan sentiasa betul dan sentiasa salah. Bukan itu sahaja, kalau dipaksa mengalah juga amat membosankan. Jadi demi menjaga hati masing-masing tidak salah sekiranya cuba memahami hati pasangan.


4. Perubahan perangai.

Cuba anda imbas kembali kelakuan anda yang dahulu dan sekarang adakah masih sama? Ataupun anda semakin banyak mengabaikannya dan mula mengongkong setiap perbuatannya. Itu juga menyebabkan dirinya tawar hati.

5. Hilang kepercayaan terhadap anda.

Mungkin anda terlalu banyak berjanji tapi tidak ditunaikan. Ia juga akan menyebabkan kepercayaan yang si dia bina untuk anda hilang sikit demi sedikit. Jadi berhati-hati apabila berjanji.

Rasa tawar hati ini boleh datang dari mana-mana pihak, sama ada lelaki mahupun wanita. Jadi ia bergantung pada pasangan mereka tersendiri bagaimana untuk mengendalikan dan menarik hati pasangan anda apabila hubungan yang dibina telah lama terjalin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen