Tanda-Tanda Si Gadis Suka Anda Dalam Diam.

Tanda-tanda si lelaki menyukai seorang gadis berbeza keberangkalian melalui perbuatan, tutur kata malah cara layanan. Jadi, kali ini jom ketahui tanda-tanda si gadis minat dalam diam pada sang jejaka…

1. Suka curi-curi pandang.

Jika anda sedar atau tidak sedar, pasti akan terasa seseorang yang suka curi-curi pandang. Sama ada si dia tidak puas hati atau sebenarnya suka dalam diam. Kebiasaan apabila anda menangkap si dia curi pandang pada anda, dia akan cepat-cepat pandang tempat lain.

2. Perbuatan yang gugup.

Layanan lelaki terhadap gadis yang mereka minati dalam diam sudah tentu suka mengusik dan melayan secara kasar, tetapi berbeza dengan si gadis melayan lelaki yang mereka minati dalam diam. Mereka terlalu gugup, tidak mampu bertentangan mata dan percakapan yang tidak jelas dan gagap.

3. Layanan yang berbeza.

Mereka juga sanggup buat apa sahaja apabila anda meminta tolong. Atau bagi apa sahaja apa yang anda minta. Walapun barang yang paling si dia sayang and tidak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau anda yang minta, sudah tentu dapat.

4. Malu tapi mahu.

Tanda paling jelas sekali ialah apabila kawan kawan si dia yang mula mengusik kalian berdua dan di saat si dia benar-benar menafikan pasti si dia buat-buat tak tahu macam tak ada apa apa. Atau muka si dia menjadi malu-malu kemerahan.

5. Cemburu.

Si gadis akan berasa cemburu ketika dan saat adanya perempuan lain yang cuba berinteraksi dengan anda. Tidak kira sama ada sahabat baik, sepupu atau adik-beradik perempuan kerana kebiasaannya si gadis ini gemar berfikiran negatif dan membuat andaian yang bukan-bukan.

6. Mata meliar mencari.

Apabila anda secara tiba-tiba tiada di dalam kelas atau di mana-mana  sahaja, si dia pasti akan tercari cari dan tanya kawan kawan ke mana anda pergi.

7. Mudah merajuk.

Apabila anda menguuk si dia di depan orang ramai terutamanya rakan perempuan, pasti si dia mudah terasa dan sentap dengan perilaku anda sendiri. Dan mereka akan terus merajuk, kerana mahu kan perhatian daripada anda.

8. Melihat dari jauh.

Kebiasaannya, ketika pulang dari sekolah, kolej atau office atau dipendekkan cerita ketika kalian berdua  berpisah, si dia mesti pasti akan melihat anda pulang dari jauh . Jika kesemua tanda ini ada pada gadis tersebut, pasti si dia tergila-gilakan anda sekarang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen