Wanita Jangan Lakukan 7 Perkara Ini, Jika Mahu Menjadi Isteri Yang Baik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :


“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

1. Isteri yang pentingkan diri sendiri.

Isteri seperti ini biasanya menjauhi segala urusan suami, dan lebih mementingkan urusan serta kegemarannya sendiri. Pada dasarnya, isteri seperti ini merasa selesa setiap kali dia boleh menyendiri. Isteri seperti ini adalah isteri yang mengabaikan perasaan suaminya.



2. Isteri yang suka mendominasi.

Isteri seperti ini adalah isteri yang suka membuat keputusan sendiri. Selalunya dia tidak suka melibatkan keputusan suami dan lebih suka menguruskan sendiri segala urusan keluarga dan urusan rumah tanpa meminta pendapat suami. Apabila terlalu mendominasi, suami akan hilang tanggungjawab dan peranan sebagai seorang suami.

3. Isteri yang gemar berdusta.

Salah satu perkara yang perlu ada dalam sesebuah hubungan perkahwinan adalah unsur kejujuran dalam segala hal. Kejujuran merupakan salah satu kunci utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Namun tidak dapat dinafikan, ada golongan wanita yang gemar berdusta. Namun apa pun alasannya, dusta dan tipu daya adalah dua hal yang paling dibenci oleh kaum lelaki.



4. Isteri yang suka menghukum.

Isteri seperti ini adalah isteri yang begitu mudahnya memberikan hukuman kepada suaminya, ketika suaminya melakukan suatu hal tertentu. Isteri seperti ini terus-menerus meresahkan suaminya. Malah sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata pedas, keras, dan kasar.

5. Isteri yang menyulitkan.

Wanita seperti ini gemar membangkitkan perselisihan faham. Setiap kata yang dilontar daripada mulutnya berunsur perintah sehingga suami berasa kurang selesa. Dalam situasi begini, suami akan terasa seperti diperkecilkan.



6. Isteri yang pasif.

Isteri jenis ini akan membiarkan dan menyerahkan segala urusan kepada suaminya, sehingga suaminya menjalankan seluruh urusan keluarga dan rumahtangga sendirian. Peranan si isteri hanya terbatas menjalankan arahan daripada suami sahaja. Si isteri sentiasa menyerah dalam segala hal tanpa berusaha menunjukkan peranannya sebagai isteri.

7. Isteri yang degil.

Sikap keras kepala isteri amat membahayakan sesebuah rumahtangga. Ini kerana isteri sukar dibentuk oleh suami. Isteri jenis ini akan berasa puas setiap kali dia dapat membantah kata-kata suaminya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen