5 Tanda Si Dia Mencintai Anda Kerana Allah SWT.

Sebagai muslim, sudah tentu kita mahukan seseorang yang menyayangi dan mencintai kita berlandaskan syariat Islam. Teguhnya pendirian pada Allah, pasti mudah si dia untuk menjaga kita kerana tahu kita ini amanah dari Allah untuk dijaga..

1. Dia adalah seorang yang amat mencintai Allah SWT.

Lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu adakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, membela yang lemah atau dia sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja?

Perkara yang sama terjadi kepada kepada lelaki yang benar-benar mahu mengenali para wanita muslimah solehah itu. Lihatlah auratnya adakah ditutup, adakah peribadinya terpelihara dan dijaga?

2. Cinta yang terbit dari ketaatan pada Allah SWT.

Pasti ada sebab si dia cintakan anda kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil dari kerana ketaatan anda kepada Allah SWT atau kerana kemaksiatan anda kepada-Nya?



Jika cinta yang diungkapkan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWt maka ianya adalah jenis dari bahagian cinta yang suci dan datang atas kerana rahmat daripada Allah SWT.

Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah.  Ada lelaki terjatuh hati kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankan maruah dan auratnya dari dicabuli.

3. Cinta yang menambah kebaikan dan mendekatkan diri pada Allah SWT.

Orang yang benar dalam cintanya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan kebaikan dan menambahkan kemuliaan serta menambahkan kedekatan kita dengan Allah.



4. Cinta yang terpelihara dari kelalaian dan dosa.

Cinta yang tidak mengundang bahaya atau kemudaratan. Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Kadang-kala dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.

Syaitan itu sendiri tahu untuk mengoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya' atau ujub (kagum)dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.



5. Si dia tidak mengharapkan balasan kecuali dari Allah SWT.

Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan balasan. Jika benar si dia mencintaimu kerana Allah maka bersyukurlah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini.

Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen