Bagaimana Mahu Menjadi Suami Yang Romantik?

Lelaki yang romantik sering kita lihat di kaca televisyen seperti drama-drama cinta. Tetapi di alam realiti, tidak pula kita sering disogokkan dengan kelakuan romantik begini kerana bagi lelaki apabila telah berkahwin, tidak perlu terlalu menunjukkan kelakuan tersebut.



Apa salahnya menjadi romantik pada isteri sendiri, malah ia mampu mengekalkan hubungan kalian berdua…

1. Waktu isteri masih sibuk membuatkan sarapan untuk anak-anak, anda boleh juga membaca tentang isu atau berita terkini supaya isteri tidak perlu membacanya lagi. Menjimatkan masa dan anda berdua boleh berbincang bersama tentang isu semasa.

2. Sekali sekala apabila anda pulang dari kerja, beli sekuntum bunga dan letak di atas katil dengan nota kecil “I love you”. Sweet kan?



3. Di hari minggu, anda selalu berusaha bangun dahulu untuk membuatkan sarapan. Setelah siap, anda akan memeluk si isteri sambil berbisik “Sarapan sudah siap”.

4. Sebelum tidur, anda boleh letakkan segelas air di meja sisi katil. Mungkin benda ni nampak kecil tetapi ia bukti anda memberi perhatian sepenuhnya kepada si isteri.

5. Setiap pagi setelah pergi kerja, boleh sahaja anda mengirimkan sms berisi kalimat-kalimat manis seperti “Every time I see you, I fall in love all over again” atau “You're special to me in every way”.



6. Di ketika mood isteri terganggu, anda diam-diam keluar rumah dan membelikan sesuatu untuk menghiburkan hati si dia. Coklat atau bunga barangkali?

7. Cuba anda mengirimkan gambar membuat muka-muka lucu semasa dia berada di luar rumah. Suami yang bijak berjenaka dan menghiburkan hati isteri, pasti akan membuahkan hubungan yang bahagia.

8. Ketika anda ditukar ke luar kawasan, anda perlu berjauhan dengannya selama beberapa bulan. Setiap pagi cuba mengirimkan pesanan “Good morning, love”. dan di malam hari pula “I'll be dreaming of you”.



9. Apabila anda dan pasangan berkongsi makanan seperti aiskrim, berikanlah gigitan terakhir kepada isteri. Suami isteri kan kena berkongsi!

10. Cuba anda memuji isteri anda setiap hari dengan mengatakan dia kelihatan cantik walaupun setelah bangun pagi, ketika muka anda penuh sememeh dengan air liur basi.

11. Apabila anda dan isteri pulang daripada kerja, ajaklah mereka untuk duduk bersama bercerita tentang perkara yang dilalui sepanjang hari. Pasti si dia rasa bahagia kerana dapat berkongsi cerita dan banyak perkara dengan suami. He's my best friend.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen