Kenali Lelaki Dengan Lebih Dekat Sebelum Bercinta Dengan Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis lelaki yang akan dijumpai. Sama ada ia akan menjadi teman mahupun menjadi pasangan anda. Jadi sebelum memilihnya untuk menjadi pasangan mari kenali lelaki yang terdapat di sekeliling anda.



1. Lelaki suka membisu.

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

2. Lelaki tidak kompleks.

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

3. Lelaki berahsia dengan lelaki lain.

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum.


4. Lelaki pentingkan kejujuran.

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumah tangganya.

5. Lelaki tidak suka dikritik.

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan kemarahan serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Jadi sebelum anda mendekati mereka, apa kata anda kenali dahulu bagaimana sikap dan kelakuan mereka. Hal ini akan memudahkan anda untuk menjaga kelakuan anda juga ketika bersamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen